“Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah

“Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah
link : “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah

Baca juga


“Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah

PELAKON Mira Filzah terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon untuk drama bersiri kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, berkata dia tidak dapat memberi komitmen pada penggambaran yang mengambil masa lama disebabkan jadualnya padat.

“Tawaran berlakon drama itu memang banyak saya terima tapi terpaksa menolak sebab jadual lakonan padat.

“Kalau drama bersiri penggambaran mengambil masa lama. Saya takut tak dapat beri komitmen dan menyusahkan pihak lain.

“Sebab jadual saya dalam sebulan, mesti kadang-kadang kena pergi melancong dan perlu hadir ke majlis atau acara,” kata Mira.

Namun menurut pelakon Meh Sandar Lagi ini dia akan memulakan penggambaran filem pertamanya pada bulan Disember manakala tawaran drama pada awal tahun hadapan.

Kata Mira, tajuk filem dan drama tersebut masih perlu dirahsiakan sehingga pihak produksi akan mengumumkan.

“Insya-Allah saya akan mula masuk set penggambaran filem pertama saya pada bulan Disember depan.

“Selain itu, saya akan menjalani penggambaran drama bersiri pada awal tahun hadapan. Tajuk filem dan drama tersebut masih dirahsiakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mira sudah memasuki kelas asas lakonan oleh pelakon Fauziah Nawi bermula pada Sabtu.

Saya sudah masuk kelas asas lakonan yang diajar oleh pelakon Fauziah Nawi bermula pada Sabtu sebagai salah langkah untuk baiki kelemahan saya.

“Selain itu, pihak produksi filem juga ada menyediakan latihan sebelum memulakan penggambaran pada bulan depan,” katanya.

The post “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah

Sekianlah artikel “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Tak Nak Susahkan Pihak Lain” – Mira Filzah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/tak-nak-susahkan-pihak-lain-mira-filzah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :