link : Tarikh kahwin? Tunggu PC…
Tarikh kahwin? Tunggu PC…
WALAUPUN mendedahkan membeli kain untuk gaun pengantinnya, penyanyi popular Yuna belum bersedia berkongsi tarikh perkahwinannya dengan Adam Sinclair.
Status itu dimuat naik Yuna, 31, atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai di Twitter pagi hari ini.
Ramai pengikut penyanyi Crush itu menyampaikan ucapan tahniah, malah ada bertanyakan bila tarikh perkahwinannya.
Pengurus Yuna, Wawa ketika dihubungi berkata, penyanyi itu akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya.
Yuna mengikat tali pertunangan dengan Adam di kediaman keluarga lelaki itu di Shah Alam pada 5 Ogos lalu.
Pasangan itu mula berkenalan ketika di set rakaman iklan televisyen pada awal 2013.
Pada akhir 2015, hubungan Yuna dan Adam semakin rapat dan mereka merancang untuk berkahwin.
Keluarga Adam terlebih dahulu merisik Yuna pada 27 Mac lalu.
The post Tarikh kahwin? Tunggu PC… appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tarikh kahwin? Tunggu PC…
Anda sekarang membaca artikel Tarikh kahwin? Tunggu PC… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/tarikh-kahwin-tunggu-pc.html