Teater tradisional berciri moden

Teater tradisional berciri moden - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teater tradisional berciri moden, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teater tradisional berciri moden
link : Teater tradisional berciri moden

Baca juga


Teater tradisional berciri moden

Bukan perkara mustahil untuk teater tradisional mendapat sambutan penonton jika kena dengan cara yang digunakan.

Justeru, satu langkah bijak apabila Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (Akrab) memodenkan situasi dan latar dalam pementasan teater Jikey (Naga Berapi) yang berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan selama dua malam itu ternyata mendapat sambutan penonton termasuk daripada generasi muda.

Paling utama, secara tidak langsung mereka dapat mengenali dengan lebih dekat kesenian tradisi Kedah yang dimasukkan dalam program Panggung Seni Tradisional 2017 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini.

Mungkin ada segelintir pihak mencebik bibir apabila mendengar nama Panggung Seni Tradisional, tetapi ia sebenarnya ditunggu-tunggu penonton kerana menampilkan keistimewaan tersendiri dalam memartabatkan warisan seni tradisional rakyat.

Biarpun hanya menampilkan barisan pelakon terdiri daripada residen artis Akrab sendiri, persembahan ini tetap berjaya menggeletek hati penonton.

Dialog yang digunakan antaranya menyentuh berkenaan isu yang tular dalam kalangan masyarakat sekarang menjadi resipi berjaya menyuntik kelucuan teater ini.

Tidak keterlaluan dikatakan persembahan ini digerakkan oleh tiga watak iaitu Tuan Keling dan dua Awang Pengasuh yang sering mengenakan raja dengan kenakalan mereka.

Bagaimanapun, watak lain sama pentingnya kerana menjadi antara tunggak kejayaan teater ini.

Tidak ketinggalan, penampilan aktivis teater yang terkenal sebagai pakyung, Rosnan Rahman membawakan watak Raja Langkasuka turut memantapkan lagi Jikey.

Pengarah Jikey, Saipol Bahari Mohd Iman berkata, pihaknya menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin kerana sudah lama tidak beraksi di ibu kota.

“Empat tahun lalu, kami pernah pentaskan Jikey di Panggung Bandaraya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Biasanya kami pentaskan kisah pembukaan Jikey, tapi ini adalah sambungannya. Kami paparkan cerita Naga Berapi dengan skripnya diberikan sentuhan moden,” katanya.

Bagaimanapun katanya, adab dan struktur Jikey tetap dikekalkan supaya keaslianya tidak hilang.

“Kami hanya ambil isu dan dialog yang terkini tapi inti pati sebenar mengenai kisah raja dikekalkan.

“Sebenarnya kami juga tak pernah menonton teater Jikey yang asli. Apa yang diperoleh hanyalah menerusi penceritaan dan kami kena cipta sendiri gambaran visualnya,” katanya.

The post Teater tradisional berciri moden appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Teater tradisional berciri moden

Sekianlah artikel Teater tradisional berciri moden kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teater tradisional berciri moden dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/teater-tradisional-berciri-moden.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :