TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS

TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS
link : TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS

Baca juga


TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan melayan sebarang desakan permohonan maaf berhubung kenyataan ‘lanun Bugis’.

Terus menafikan beliau menghina masyarakat Bugis secara keseluruhan, termasuk di Indonesia, Dr Mahathir menegaskan bahawa kata-katanya semasa Himpunan Selamatkan Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober lepas hanya ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja.

“Saya tak kata apa-apa pun terhadap suku Bugis. Saya hanya menyerang Najib. Baca ucapan saya,” kata Dr Mahathir bersahaja kepada wartawan ketika ditanya berhubung perkara berkenaan.

Bekas Perdana Menteri itu diminta untuk respon terhadap desakan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla menggesanya meminta maaf yang kesal dengan penghinaan terhadap seluruh keturunan Bugis.

“Saya protes dan terkejut. Maka, Mahathir harus minta maaf. Kerana orang Bugis itu bukan hanya ada di Sulawesi Selatan, tapi di seluruh Indonesia, bahkan di Malaysia,” kata Jusuf

Desakan permohonan maaf oleh Jusuf adalah respon keduanya terhadap kenyataan Dr Mahathir berhubung isu berkenaan.

Ucapan Dr Mahathir telah mencetuskan kegusaran persatuan Bugis tempatan dan mendapat murka daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berita berkenaan juga tersebar ke negara jiran, Indonesia.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, kenyataan Dr Mahathir tular sehingga ke Indonesia dan mencetuskan kemarahan masyarakat Bugis setempat.

Malah, pihak Kedutaan Malaysia di Indonesia juga menerima sebuah memorandum daripada Perhimpunan Pemuda Bugis Makassar Indonesia yang mendesak bekasa Perdana Menteri Malaysia itu memohon maaf.

Bagi penganalisis politik/blogger, Lim Sian See, beliau melihat keengganan Dr Mahathir meminta maaf menunjukkan lagi sikap angkuh Pengerusi PPBM itu.

Katanya, Dr Mahathir turut menuduh pihak-pihak yang protes terhadap isu Bugis telah dirasuah oleh Najib bagi menunjukkan kemarahan palsu.

“Nampaknya Sultan Selangor, Majlis Dewan di-Raja Selangor, Naib Presiden Indonesia dan ramai lagi persatuan Bugis dari Indonesia dan Malaysia kesemuanya salah dan Mahathir adalah benar.

“Sudah tentu, Mahathir sentiasa betul – menurut Mahathir dan penyokong-penyokongnya.

“Cuma orang lain di dunia yang salah,” ujarnya sinis.


Demikianlah Artikel TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS

Sekianlah artikel TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TIADA PERMOHONAN MAAF, MAHATHIR TERUS NAFI HINA KETURUNAN BUGIS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/tiada-permohonan-maaf-mahathir-terus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :