Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang

Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang
link : Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang

Baca juga


Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang


SEORANG lelaki mengaku terpaksa menipu keluarganya meninggal dunia akibat kebakaran di Grenfell Tower, London hanya untuk memperoleh wang pampasan sebanyak 12,500 pound sterling.

Anh Nhu Nguyen mendakwa isteri dan anak lelakinya maut dalam kebakaran tragik di salah sebuah blok pangsapuri di ibu kota Britain tersebut pada 14 Jun lalu.

Malah gambarnya turut dirakam di sisi Putera Charles semasa baginda melawat mangsa kebakaran pangsapuri tersebut.

Nguyen menyamar sebagai salah seorang mangsa dan diberikan sejumlah wang pampasan daripada Majlis Badan Aman Kensington dan Chelsea.

Lelaki berusia 52 tahun dari Beckenham, selatan London itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Southwark pada Khamis atas dua pertuduhan.

Dia didakwa berpura-pura menjadi mangsa kebakaran dan membuat kenyataan palsu untuk mendapatkan pasport.

Nguyen tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika dia membuat pengakuannya menerusi seorang penterjemah.

Keputusan perbicaraan kes Nguyen akan ditentukan pada 15 Disember ini.

Lebih 80 mangsa maut dalam kebakaran yang memusnahkan pangsapuri 24 tingkat itu.

Nguyen diberikan sebuah bilik hotel, pakaian, makanan, barangan elektrik dan wang selepas menyamar sebagai salah seorang mangsa yang terselamat.

Namun muslihatnya terbongkar selepas dia memberikan beberapa alamat kediaman yang berbeza, ada di antaranya tidak pernah wujud. – mStar Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang

Sekianlah artikel Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tipu Isteri, Anak Maut Kebakaran Gara-Gara Wang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/tipu-isteri-anak-maut-kebakaran-gara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :