link : TPM imbas cakap besar DAP pasal banjir ...kata ini masa terbaik rampas Pulau Pinang
TPM imbas cakap besar DAP pasal banjir ...kata ini masa terbaik rampas Pulau Pinang
Bala seperti banjir yang menimpa Pulau Pinang pada minggu lalu selalu dikaitkan dengan ketentuan cuaca yang diluar kawalan manusia.
Namun untuk cakap besar kerana tujuan politik konon negeri itu tidak mungkin akan ditimpa musibah banjir adalah satu bab lain.
Apa lagi Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada tahun 2015 pernah perlekeh kerajaan negeri Kelantan ' macam tidak ada kerajaan' masa negeri itu dilanda banjir besar.
Malah pembangkang pernah dakwa ada unsur rasuah bila banjir berlaku seperti di Kuala Lumpur.
Inilah yang membuatkan kisah dan video Guan Eng sebak ketika memberitahu beliau menefon Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi pada jam 3 pagi Ahad lalu minta bantuan tangani negeri itu dilanda banjir menjadi viral dan bahan bualan ramai.
Berucap rasmi Persidangan Perwakilan Nasional Ke-46 Parti Gerakan di Kuala Lumpur Ahad,Zahid telah menyentuh kisah beliau memeluk Guan Eng sewaktu tiba untuk membuat tinjauan banjir di negeri itu.
Katanya dari sudut bantuan kemanusiaan rakyat yang dilanda banjir kerajaan persekutuan buta warna sekalipun Pulau Pinang ditabir oleh pembangkang.
Atas sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri turun ke Pulau Pinang.
Namun dalam membakar semangat ahli Parti Gerakan yakni parti komponen BN yang dulunya terajui kerajaan negeri Pulau Pinang beliau menilai pilihanraya umum ke 14 (PRU14) adalah masa terbaik untuk rampas balik negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri menilai bala banjir yang menimpa Pulau Pinang adalah satu kegagalan kerajaan DAP mentabir negeri dengan baik.
Katanya banjir besar itu berlaku ketika kerajaan negeri mendabik dadak dakwa banjir tidak akan melanda negeri itu.
"Ya mereka tempelak kita kononnya bukan kerana tarahan bukit..konon bukan kerana pembangunan..ya benar 17 jam hujan turun tetapi jika pembangunan dirancang dengan baik..kita dapat lihat bagaimana banjir boleh bertakung begini,"katanya.
Zahid berkata kerajaan BN tidak pernah mempolitikan bantuan yang diberi namun ada pihak yang suka mempolitikkan segalanya.
Baginya rakyat sudah tentu dapat melihat kebencian yang cuba ditanam terhadap BN dan akan menghukum pemimpin dan parti itu pada hari penentuan nanti.
Timbalan Perdana Menteri yakin parti Gerakan boleh kembali ke zaman kegemilangan dulu.
“Kekalahan Gerakan di Pulau Pinang dalam PRU12 pada 2008, hanyalah bersifat sementara,"katanya.
Apapun Zahid meminta semua parti komponen membuat persiapan rapi menjelang PRU14.
Katanya jangan hanya persiapan diatas kertas.
Menurutnya kata PRU 14 cuma 180 hari saja dari sekarang.
Katanya tarikh sebenar akan diumumkan oleh Perdana Menteri setelah melihat semua persiapan cukup rapi.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan beliau sentiasa mendapat maklumat mengenai apa yang berlaku.
Katanya beliau tahu siapa yang betul-betul buat kerja,siapa yang pura-pura,siapa yang hanya tunjuk muka bila menteri turun,siapa yang melobi nak jadi calon,siapa yang tiba-tiba tunjuk rajin tetapi sebenarnya tidak dan lain-lain.

Demikianlah Artikel TPM imbas cakap besar DAP pasal banjir ...kata ini masa terbaik rampas Pulau Pinang
Sekianlah artikel TPM imbas cakap besar DAP pasal banjir ...kata ini masa terbaik rampas Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TPM imbas cakap besar DAP pasal banjir ...kata ini masa terbaik rampas Pulau Pinang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/tpm-imbas-cakap-besar-dap-pasal-banjir.html