link : Ubat kerinduan peminat
Ubat kerinduan peminat
Penantian ramai pencinta band dari Indonesia berbaloi dengan berlangsungnya konsert Noah Live in Kuala Lumpur pada 25 November lalu.
Menjadikan Stadium Negara, Kuala Lumpur sebagai lokasi persembahan, Noah menghangatkan pentas dengan seleksi lagu popular mereka sejak bergelar Peterpan lagi.
Kali terakhir hadir menjayakan konsert berskala besar di Kuala Lumpur adalah pada 2012 dan kali ini, ia umpama mengubat kerinduan peminat band itu.
“Kalau berpisah selama sebulan dua pun sudah cukup untuk membuatkan rasa rindu. Inikan pula selepas beberapa tahun,” kata Ariel selaku vokalis band paling popular itu sebelum mereka memulakan persembahan.
Separuh stadium berkapasiti 10,000 penonton itu penuh dengan peminat dari Malaysia dan Indonesia.
Tidak cukup dengan itu, ruangan Rock Zone turut digamatkan dengan kehadiran peminat fanatik yang teruja menyaksikan persembahan hebat Ariel, Uki, Luckman dan David.
Mengalunkan lagu popular mereka, Noah berjaya membuatkan peminat mengimbau zaman kegemilangan mereka ketika bergelar Peterpan.
Tirai konsert dibuka dengan lagu Seperti Kemarin dan Topeng. Penonton seterusnya dihiburkan dengan lagu Hidup Untukmu Mati Tanpamu dan lagu berhantu Ada Apa Denganmu.
Sorakan peminat semakin kuat apabila band itu mempersembahkan lagu Langit Tak Mendengar, Separuh Aku, Bintang di Surga, Jika Engkau, Semua Tentang Kita, Di Atas Normal dan Yang Terdalam.
Paling mengejutkan, Ariel menarik seorang peminat untuk sama-sama menyanyikan lagu Mungkin Nanti yang memperkenalkan Peterpan di Malaysia.
Seterusnya, persembahan dihangatkan lagi dengan lagu Ku Katakan Dengan Indah yang turut dinyanyikan peminat.
Kemunculan penyanyi rap Malaysia, Altimet turut mendapat tepukan dan sorakan peminat menerusi medley lagu Khayalan Tingkat Tinggi yang diadun dalam versi ‘remix’ dengan lagu Amboi.
Pentas konsert berdurasi dua jam itu dilengkapkan dengan lagu penutup iaitu Tak Bisakah dan Cobalah Mengerti.
Secara keseluruhan, Noah masih utuh bertapak di hati pencinta muzik di Malaysia walaupun selepas penjenamaan semula.
“Ramai juga peminat Malaysia yang masih mengaitkan Noah dengan Peterpan. Tidak menjadi masalah buat kami,” kata David mewakili temannya ketika ditemu bual Harian Metro sebelum ini.
The post Ubat kerinduan peminat appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Ubat kerinduan peminat
Anda sekarang membaca artikel Ubat kerinduan peminat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/ubat-kerinduan-peminat.html