link : Wanita Terindah punya keistimewaan tersendiri
Wanita Terindah punya keistimewaan tersendiri
MENYUSULI kejayaan single Wanita Terakhir nyanyian Fattah Amin, Astro First Eksklusif, Red Films Sdn Bhd dan FastyleAsia (syarikat pengurusan Fattah Amin) bergandingan dalam filem televisyen (FTV) Wanita Terindah.
FTV yang sudah menemui penonton di saluran 480 diarahkan oleh Joon Goh, sutradara yang pernah mendapat pengiktirafan di majlis-majlis penganugerahan berprestij di peringkat antarabangsa seperti John Bradbury Awards 2011.
Manakala pelakon, pengacara dan penulis skrip tidak asing, Rafidah Abdullah sekali lagi menyarung jersi penulis skrip untuk FTV ini.
Wanita Terindah turut menyaksikan Fattah Amin kembali bergandingan dengan pelakon wanita tersohor negara, Nur Fazura.
Bercerita lanjut mengenai pembikinan FTV ini, Pengarah Urusan Red Communications dan Red Films, Lina Tan berkata, pihaknya bertuah kerana dapat kerjasama dari NGO dalam menjayakan karya ini.
“Wanita Terindah berlatar-belakangkan kisah keluarga yang terpaksa berhadapan penyakit yang membawa maut iaitu kanser.
“Saya bersyukur kerana menerusi NGO ANGSANAcare, saya diberi peluang bertemu pesakit kanser dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi bagaimana ahli keluarga mereka berhadapan dengan situasi ini.
“Menerusi sesi perkongsian tersebut, saya menyuntik elemen kesedaran mengenai kanser bertujuan mendidik masyarakat sentiasa menghulurkan tangan memberi semangat dan sokongan kepada mereka yang menghidap penyakit ini.
“Kredit wajar diberi kepada Fattah, Fazura, Sarah Hildrebrand, Liza Othman dan adik Nik Adam Mika kerana berjaya dukung watak dengan berkesan,” ujarnya.
Ditanya produk terbaru Astro First Eksklusif ini, Ketua Saluran Astro First & Astro Best, Sharmin Parameswaran berkata, secara peribadi, dia teruja dengan edisi terbaru yang disiarkan di platform Astro First Eksklusif ini.
FTV ini berkisar mengenai Fahim Aiman (Fattah), jurugambar di syarikat penerbitan akhbar yang memiliki perwatakan yang panas baran, kurang penyabar dan degil.
Namun begitu, dia yang merupakan anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya, Puan Zahra (Liza) sehingga menamakan wanita itu wanita terakhirnya dan tiada wanita lain yang mungkin mampu menandingi ibunya.
Suatu hari, Fahim begitu terkesan apabila ibunya membawa pulang anak istimewa dari pusat jagaan ANGSANAcare di mana ibunya berkhidmat sebagai sukarelawan.
Fahim tidak dapat terima kehadiran Fikri (Adam Mika) dan mula memberontak di awal kemunculan anak ini di rumahnya. Tambah merumitkan keadaan apabila Fikri, pesakit leukemia (kanser darah) dan memerlukan rawatan dengan kos tinggi.
Namun begitu, rakan sekerja Fahim yang juga wartawan, Nuryn Nafeesa (Fazura) berjaya ubah persepsi Fahim dan beliau kemudian mula menerima anak kecil ini.
Tatkala mereka mula meniti kebahagiaan sebagai sebuah keluarga, kecelakaan tiba-tiba menimpa keluarga ini dan Fahim kehilangan seorang insan tersayang.
Bagaimana Fahim terima semua ketentuan ini? Adakah dia semakin memberontak atau reda dan menerima ujian dari Yang Maha Esa?.
The post Wanita Terindah punya keistimewaan tersendiri appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Wanita Terindah punya keistimewaan tersendiri
Anda sekarang membaca artikel Wanita Terindah punya keistimewaan tersendiri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/wanita-terindah-punya-keistimewaan.html