WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN

WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN
link : WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN

Baca juga


WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berdolak-dalik mengenai status permohonan gabungan pembangkang itu sebagai taktik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mahathir berkata keputusan JPPM untuk terus menimbangkan permohonan PH sebagai sebuah parti gabungan hanya bertujuan memberi masalah kepada pakatan pembangkang.

“Caranya mudah. Tidak lulus secara rasmi. Tidak tolak secara rasmi. Tetapi tidak beri jawapan sama ada lulus atau tidak. Hanya tidak jawab. Dalam pertimbangan. Belum lulus tidak berbeza dari tidak lulus.

“Mungkin dilulus 5 minit sebelum bubar Parlimen. Maka bermasalahlah gabungan parti lawan. Logo dan simbol tidak dikenali oleh orang ramai, oleh pengundi.” ulas Mahathir selepas pihaknya gagal menemui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan pendaftaran PH sebagai sebuah parti gabungan, semalam.

Pengerusi PH itu turut meluahkan rasa kecewa kerana gagal mengadakan pertemuan dengan Ahmad Zahid bagi membincangkan mengenai pendafataran gabungan empat parti pembangkang itu.

“Tunggu menteri. Menteri hilang. Ada tetapi tidak ada. Jadi tidak dapat jawab. Sebulan, dua bulan, suku tahun, setengah tahun. Tak jawab. Bukan tolak. Hanya tak jawab,” tulis Mahathir dalam catatan di blognya.

Mahathir ditemani pemimpin tertinggi PKR, DAP, PPBM dan Amanah hadir ke bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, semalam, bagi mengetahui status mengenai permohonan pendaftaran PH termasuk melibatkan satu nama dan satu lambang pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun rombongan tersebut hanya berjumpa dengan Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim yang memaklumkan bahawa permohonan PH masih belum diluluskan disebabkan masalah dihadapi DAP dan PPBM.

Kepimpinan PH sebelum ini mendakwa telah mengemukakan permohonan pendaftarannya kepada JPPM secara dalam talian pada 24 Julai lalu, termasuk menyenaraikan barisan kepimpinan, logo dan perlembagaannya.

Namun beberapa hari kemudian, JPPM menasihatkan gabungan itu meminda logonya kerana tidak terdapat nama penuh, sebaliknya hanya tertera perkataan “Harapan” semata-mata.

Mahathir percaya bahawa tindakan melambat-lambatkan permohonan kelulusan PH itu sebagai bukti kebimbangan Najib terhadap penyatuan pembangkang.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berpandangan tindakan JPPM itu tidk akan memberi kesan kepada sokongan terhadap PH, sebaliknya pengundi sudah pun membuat keputusan untuk menolak BN dalam pilihan raya ini.

“Rakyat bukan bodoh. Mereka tahu akan segala-galanya.

“Mereka mahu Kerajaan baru. Dan ini mereka akan dapat dengan mengalahkan BN, Umno dan Najib. Buatlah apa pun. Majoriti rakyat sudah pun putuskan. Najib akan disingkir.

“Derita mereka hanya dapat ditamatkan dengan memilih Pakatan Harapan.”


Demikianlah Artikel WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN

Sekianlah artikel WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel WAYANG POLITIK MADEY!!!!! ATOK TOP DOG MARAH JPPM TAK LULUS PAKATAN HARAPAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/wayang-politik-madey-atok-top-dog-marah.html

Subscribe to receive free email updates: