16 tahun menang RM100,000, Proton Saga

16 tahun menang RM100,000, Proton Saga - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga
link : 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga

Baca juga


16 tahun menang RM100,000, Proton Saga

PESERTA dari Selangor, Aqeesh Aleeya, 16, diumumkan juara program realiti, Bakat Ohsem Malaysia musim pertama yang dibawa khas oleh Hurr.tv yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre, Petaling Jaya Sabtu lalu jam 9 malam.

Peserta termuda dalam kalangan lapan finalis itu membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, sebuah kereta Proton Saga 1.3 (A). Manakala kumpulan tarian Nasty Rock Crew juga dari Selangor menduduki tempat kedua dan peserta dari Kuala Lumpur, Yazmin Aziz pula diumumkan sebagai pemenang ketiga.

Aqeesh atau nama sebenarnya, Nur Balqish Aleeya Shahrom memberi persembahan meyakinkan di dalam dua pusingan menerusi dua lagu iaitu Birds Set Free dan Langit Cinta nyanyian asal Dayang Nurfaizah.

“Alhamdulillah dengan kemenangan ini dan pastinya saya tidak sangka akan diumumkan sebagai pemenang sebab peserta lain juga tidak kurang hebatnya, apatah lagi saya merupakan peserta yang paling muda. Apa pun, terima kasih buat juri profesional dan penonton yang mengundi. Ternyata kemenangan ini memberi saya lebih semangat untuk menyanyi di masa depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Hurr.tv merupakan laman online gaya hidup dan platform strim video dan program final ini mendapat kerjasama baik daripada penaja utamanya, MyMotor.

Pencarian Bakat Ohsem Malaysia berjalan pada September hingga November lalu dan penganjur telah menerima ratusan video dari seluruh negara yang mempamerkan pelbagai idea kreatif dan bakat seperti nyanyian, tarian, silap mana dan sebagainya.

Seramai lapan finalis terpilih ke peringkat akhir dan sistem penjurian adalah 50 peratus markah daripada juri profesional dan selebihnya daripada undian penonton. Penyanyi, Aizat Amdan, Sherry al-Hadad dan Nabil Ahmad menggalas tugas sebagai juri profesional pada malam itu.

Bakat Ohsem Malaysia final dapat ditonton menerusi laman www.hurr.tv/BOM.

The post 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga

Sekianlah artikel 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 16 tahun menang RM100,000, Proton Saga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/16-tahun-menang-rm100000-proton-saga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :