AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN

AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN
link : AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN

Baca juga


AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN

Ahli Parlimen Sepanggar Jumat Idris, yang digantung Umno, berkata Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) mengundang beliau menyertai parti itu selepas penubuhannya tetapi ditolak.

Idris menolak beberapa pelawaan kerana masih setia kepada perdana menteri dan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

“Selepas Shafie membentuk parti itu, dia mengundang saya menyertainya tetapi saya tidak mahu kerana kesetiaan saya kepada perdana menteri.

“Sekiranya saya menyertai mana-mana parti, itu tidak bermakna saya melompat kerana saya Ahli Parlimen tanpa parti.

“Wakil rakyat yang melompat ialah mereka mereka yang mempunyai parti dan kemudian menyertai parti lain.”, katanya dipetik Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian di satu majlis anjuran Majlis Belia Sabah di sini, Khamis

Jumat memenangi kerusi Sepanggar untuk Barisan Nasional pada 2013 dengan 22,845 undi, menewaskan pencabar terdekat Jeffrey Kumin dri PKR yang meraih 13,403 undi.

Keahlian Jumat bagaimanapun digantung selama 3 tahun pada 2015 selepas beliau mengkritik Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Facebook.

Dalam kritikannya, Jumat mencadangkan Musa selaku Pengerusi Umno Sabah digantikan dengan Shafie kerana Shafie ketika itu seorang naib presiden Umno.

Ketua Wanita Umno Sabah ketika itu, Armani Mahiruddin, Ketua Pemuda Umno Sabah Shahelmy Yahya dan Ketua Puteri Umno Sabah, Normalah Rasik mahu tindakan displin diambil terhadap Jumat yang didakwa menjejaskan imej parti.

Jumat hari ini berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen itu sekiranya BN memberikan peluang.

“Secara teknikalnya, saya bukan ahli Umno, tetapi kalau kepimpinan BN merasakan saya bagus untuk rakyat, saya akan bekerja dengan lebih keras untuk memenangkan kerusi itu untuk BN.

“Saya tidak menyesali perbuatan saya kerana, bagi saya, rakyat adalah ‘bos’ saya dan saya akan suarakan apa yang mereka mahu saya suarakan.

“Jika BN tidak mencalonkan saya, saya rasa saya akan bercuti daripada politik.”

Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan sedia untuk dipindahkan ke Sepanggar pada pilihan raya umum akan datang

Sumber BN di Parlimen Sepanggar memberitahu FMT bahawa menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sudah mendapat restu pemangku ketua Umno Sepanggar.

Bagaimanapun, ada kem Umno lain lebih suka Jumat kekal di situ. Mereka berkata jika Jumat tidak bertanding pada PRU14, seorang pemimpin tempatan patut mengambil tempatnya dan bukan “orang luar” seperti Rahman.

Antara nama yang diketengahkan kumpulan itu ialah aktivis belia dari Inanam, Jerry Goh.


Demikianlah Artikel AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN

Sekianlah artikel AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AHLI PARLIMEN SEPANGGAR TOLAK UNDANGAN SERTAI WARISAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/ahli-parlimen-sepanggar-tolak-undangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :