Anna bak ‘singa mengaum’

Anna bak ‘singa mengaum’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anna bak ‘singa mengaum’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anna bak ‘singa mengaum’
link : Anna bak ‘singa mengaum’

Baca juga


Anna bak ‘singa mengaum’

Aktres jelita Anna Kendrick memiliki vokal yang lantang dan mengagumkan. Ketika berusia enam tahun, dia sudah mula beraksi di pentas teater.

Bakat luar biasa Anna melonjakkan namanya ke peringkat antarabangsa. Walaupun baru berusia 12 tahun, dia terbabit dengan ‘broadway’ dan dicalonkan dalam Tony Award menerusi wataknya dalam High Society.

“Sejak awal pembabitan dalam bidang nyanyian, saya tertanya-tanya sama ada suara ini mampu menarik perhatian ramai orang atau sebaliknya. Saya melihat diri saya sebagai singa yang mengaum di kawasan lapang.

“Saya tidak tahu sejak bila saya mula berminat dengan lakonan kerana bermula sebagai penyanyi.

“Mungkin pada usia enam tahun, saya menyanyi hanya kerana menginginkan semua orang melihat saya. Ia lebih kepada mahu menarik perhatian orang. Namun, saya gembira kerana memilih bidang lakonan. Bidang ini mengajar saya mengenali diri sendiri serta orang lain,” katanya.

Menerusi filem Pitch Perfect, namanya popular sekelip mata. Bukan saja dipuji kerana lakonan bersahajanya, tetapi nyanyiannya turut diiktiraf penonton.

Walaupun sibuk dengan komitmen sebagai anak seni, Anna akan pastikan dapat tidur lena setiap kali tiba di rumah selepas selesai penggambaran.

Wanita itu sanggup melakukan apa saja supaya tidurnya tidak terganggu. Baginya, tidur sangat penting untuk memulihkan tenaganya.

Anna juga sangat mementingkan masa. Dia akan datang lebih awal ke sesi fotografi dan wawancara. Walaupun kurang gemar bergaya di hadapan kamera, Anna tetap memberikan yang terbaik.

“Saya tidak pasti apa gaya terbaik depan kamera. Saya akan banyak cakap dan menyebut karakter yang bakal digayakan.

“Jurugambar akan rasa bosan kerana terpaksa menunggu saya memilih karakter yang bakal digayakan untuk sesi fotografi itu. Walaupun sebenarnya datang ke studio dengan watak permaisuri, hasilnya akan jadi lain,” katanya.

Sejak bergelar pelakon, Anna mengakui rutin hidupnya agak kucar-kacir. Dia sukar menguruskan masa dengan baik dan sekiranya ada masa lapang, Anna akan tidur atau memeriksa e-mel.

Anna juga suka mengemas termasuk membersihkan stor barang. Baginya, aktiviti itu membuatkan dia tenggelam dengan dunia sendiri.

“Kalau tak tidur, saya akan habiskan masa dengan mengemas stor. Biasanya ia akan ambil masa lama kerana saya akan membelek barang yang sudah lama saya simpan.

“Ada juga barang hiasan saya guna kembali untuk dekorasi ruang tamu. Saya paling suka menghias rumah pada waktu Krismas,” katanya.

The post Anna bak ‘singa mengaum’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Anna bak ‘singa mengaum’

Sekianlah artikel Anna bak ‘singa mengaum’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anna bak ‘singa mengaum’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/anna-bak-singa-mengaum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :