Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?

Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?
link : Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?

Baca juga


Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?


SABAN hari ada sahaja kita dengari kes cabul yang berlaku terhadap gadis atau golongan wanita bekerjaya di luar sana.

Lebih teruk lagi, kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku adalah di kawasan yang terbuka seperti di tempat awam.

Namun apa yang menyedihkan apabila sikap orang ramai yang lebih memilih untuk menjadi ‘penonton’ serta berdiam diri daripada tampil ke hadapan untuk membantu mangsa.

Baru-baru ini di media sosial, seorang gadis yang dikenali sebagai Dhabitah Zainal berkongsikan pengalaman hitam rakannya dicabul ketika berada di stesen LRT Masjid Jamek, pada Khamis lalu.



Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, mangsa yang berusia 20 tahun ini dikatakan dalam perjalanan dari Pasar Seni ke Masjid Jamek.

Ketika menaik gerabak LRT, dia secara tiba-tiba diganggu oleh seorang lelaki yang bertindak menunjukkan kemaluannya dan menyentuh bahagian belakang badan mangsa.

Gadis itu kemudian menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai, namun sebaliknya dia pula ditertawakan oleh beberapa orang awam di dalam gerabak LRT berkenaan.


Apa yang lebih menyedihkan, menurut Dhabitah salah seorang staf Rapid KL yang turut berada di tempat kejadian dikatakan langsung tidak membantu mangsa.

Malahan dia membiarkan lelaki itu terlepas walaupun mangsa telah memberitahu secara terperinci mengenai fizikal suspek.

Kicauan daripada rakan mangsa itu bagaimanapun tidak disenangi oleh seseorang yang tampil memberikan mesej memintanya untuk tidak menyebarkan perkara yang tidak betul.


Difahamkan, keesokan harinya pihak RapidKL mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter berkenaan penangkapan suspek terbabit dan telah diserahkan kepada polis.

Bagaimanapun, suspek tersebut bukan individu yang dicari dan dipercayai ia merupakan kejadian berasingan.

RapidKL kemudiannya menulis di Twitter bahawa ia sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan cabul.

Natijah daripada kicauan balas itu kemudiannya dihujani pelbagai reaksi netizen yang melihat pihak RapidKL seolah-olah tidak mengambil serius mengenai kejadian terbabit.

Rata-rata pengguna Twitter beranggapan RapidKL hanya ‘sambil lewa’ dalam menyelesaikan kes tersebut, walhal ia melibatkan keselamatan dan maruah golongan wanita.





Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata pihaknya ada menerima laporan daripada mangsa yang memaklumkan kejadian pukul 10.20 malam, pada hari sama.

Polis kini sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak pengurusan bagi siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul?

Sekianlah artikel Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Dah Jadi? Orang Awam Ketawa Lihat Gadis Dicabul? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/apa-dah-jadi-orang-awam-ketawa-lihat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :