AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA

AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA
link : AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA

Baca juga


AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA

Amerika Syarikat dan Israel membantah satu resolusi dibentangkan Malaysia berkaitan kesederhanaan semasa mesyuarat plenari ke-68 Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat lalu.

Wisma Putra, dalam kenyataan hari ini, menjelaskan biarpun wujud bantahan dari dua negara itu, Malaysia tetap berjaya mendapat sokongan 135 negara.

“Resolusi ini sudah diterima pakai di UNGA dengan 135 undi menyokong, sementara dua undi membantah iaitu daripada Amerika Syarikat dan Israel dan tiada undi berkecuali.

“Selain daripada itu, sebanyak 29 negara sudah menjadi penaja bersama bagi resolusi ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kejayaan membentangkan resolusi ini menunjukkan bahawa inisiatif mengenai kesederhanaan yang diperkenalkan Malaysia diterima baik oleh masyarakat antarabangsa secara meluas.

“Melalui Resolusi ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah mengiktiraf 2019 sebagai Tahun Kesederhanaan Global dalam usaha memperkasa suara kesederhanaan menerusi dialog, toleransi, saling memahami dan kerjasama.

Tujuan resolusi dibentangkan bagi meraih sokongan global untuk menyokong serta mempromosikan kesederhanaan sebagai pendekatan menangani ekstremisme dalam semua bentuk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-65 pada 27 September 2010, menggesa negara-negara anggota dan pemimpin agama utama di dunia menyokong kesederhanaan dan menolak ekstremisme melalui Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Konsep kesederhanaan sudah diterima oleh semua negara anggota ASEAN sebagai nilai ASEAN yang penting melalui Deklarasi Langkawi yang diterima pakai semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 pada 27 April 2015.


Demikianlah Artikel AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA

Sekianlah artikel AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AS, ISRAEL BANTAH RESOLUSI MALAYSIA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/as-israel-bantah-resolusi-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :