Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017

Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017
link : Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017

Baca juga


Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017

PEMAIN tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar menamatkan musim ini dengan penuh bergaya apabila membolot tiga gelaran pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2017, malam tadi.

Beliau yang menjadi antara nadi utama skuad Lang Merah musim ini menggondol anugerah Pemain Tengah Terbaik ,Pemain Paling Bernilai dan Penjaring Terbanyak Liga Super (Tempatan).

Menurutnya, beliau telah lama mengidamkan untuk memenangi anugerah pemain paling bernilai dan impiannya akhirnya menjadi kenyataan.

“Terima kasih kepada semua yang telah menyokong saya dan kemenangan ini akan menjadi pemangkin untuk saya buat yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Selain Baddrol, Kedah turut mendominasi Anugerah Penjaga Gol Terbaik menerusi Ifwat Akmal Chek Kassim dan Pemain Import Terbaik, Liridon Krasniqi. Penyokong Terbaik dan Pasukan Terbaik juga dimenangi pasukan Kedah.

Pemain Pahang, Matthew Davies meraih Pemain Pertahan Terbaik manakala Penyerang terbaik milik Shahrel Fikri Fauzi.

Sementara itu, jurulatih Felda United, B Sathianathan dinobatkan Jurulatih Terbaik.

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dianjurkan setiap tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan FMLLP bagi mengiktiraf pencapaian pihak yang berkepentingan dalam Liga Malaysia.

Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak 2017
Pemain Paling Bernilai -Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penjaga Gol Terbaik -Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pertahanan Terbaik -Matthew Davies (Pahang)

Pemain Tengah Terbaik – Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Penyerang Terbaik – Shahrel Fikri Fauzi (PKNP FC)

Pemain Import Terbaik – Liridon Krasniqi (Kedah)

Pemain Muda Harapan – Adam Nor Azlin (Selangor)

Jurulatih Terbaik – B Sathianathan (Felda United)

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super – Baddrol Bakhtiar

Penjaring Terbanyak Import Liga Super – Mohammed Ghaddar

Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Perdana – Abdul Malik Mat Ariff (Kuantan FA)

Penjaring Terbanyak Import Liga Perdana – Guillherme de Paula (Kuala Lumpur)

Pemain Paling Popular – Liridon Krasniqi (Kedah)

Pemain Paling Mesra – N Thanabalan (Felcra FC)

Anugerah Komuniti – Sunny Shalesh (Pan-Disability Football Malaysia)

Anugerah Fair Play – T-Team

Penyokong Terbaik – Kedah

Pasukan Bola Sepak Terbaik – Kedah

Laman Web Terbaik – Selangor

Laman Sosial Terbaik – Kedah

The post Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017

Sekianlah artikel Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Baddrol raih tiga gelaran pada ABK 2017 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/baddrol-raih-tiga-gelaran-pada-abk-2017.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :