Banyak terima tawaran

Banyak terima tawaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Banyak terima tawaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Banyak terima tawaran
link : Banyak terima tawaran

Baca juga


Banyak terima tawaran

Masih bergelut mencipta nama walaupun pernah bergelar juara Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012.

Bagaimanapun, Uchop Ahmad, 33, tidak pernah menyesali suratan nasibnya dan sentiasa mencari peluang meletakkan nama di pentas seni tanah air.

Uchop atau nama sebenarnya Mohamad Yusof Ahmad pernah tampil dengan tiga single iaitu Kasih, Jujurlah Padanya dan Tanpa Dendam, namun kurang berjaya memperkenalkan diri kepada peminat.

Bapa dua anak ini berkata, perjalanan kerjaya seninya agak terkesan kerana ketika rancak merencana jadual, negara berdepan kisah duka kehilangan MH370 dan tidak lama selepas itu tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di Ukraine pula.

“Ini mungkin kebetulan dan saya anggap satu dugaan untuk kerjaya seni. Kita perlu ada semangat kental dan kuat sekiranya nak berjaya.

“Alhamdulillah walau kurang dikenali peminat, saya masih banyak didatangi tawaran menyanyi di sana sini,” katanya yang pernah bergelar juara pertandingan Twistiest Bingit dan Suara Jati.

Tanpa disangka rezeki terus menyebelahi Uchop apabila ditawarkan peluang terbabit sebagai penyanyi undangan kumpulan Kristal untuk showcase Kristal & Friends yang akan berlangsung di Pesta Pulau Pinang, malam ini.

Turut terbabit sebagai penyanyi undangan ialah Kecik yang pernah bersama kumpulan Hyper Act.

“Syukur kerana saya dapat peluang ini. Jemputan ini dibuat oleh Rody kepada saya dan Kecik untuk tampil menyanyi. Ia hanya untuk projek begini sementara Kristal menemui pengganti Lan.

“Saya sebenarnya lebih selesa bergerak solo. Untuk terbabit dalam projek istimewa memang tiada masalah. Apa yang dilakukan bertujuan membantu Kristal,” katanya.

Menurutnya, dia akan menyanyikan lagu Kristal dan ‘cover version’ daripada kumpulan Wings serta Search untuk persembahan itu.

“Ini kali pertama saya berganding dengan Kristal. Bagaimanapun, tak dinafikan saya sudah lama kenal Rody dan Lan yang hubungan ini kekal baik sehingga sekarang,” katanya

The post Banyak terima tawaran appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Banyak terima tawaran

Sekianlah artikel Banyak terima tawaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Banyak terima tawaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/banyak-terima-tawaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :