link : Boleh berlakon dengan sesiapa pun
Boleh berlakon dengan sesiapa pun
Ada khabar angin mengatakan Shahid Kapoor, 36, enggan berlakon dengan Katrina Kaif dalam filem lakonan terbarunya yang berjudul Batti Gul Meter Chalu.
Namun dengan pantas Shahid menafikannya, bahkan katanya dia bersedia digandingkan dengan sesiapa saja.
“Cerita itu karut dan khabar angin itu semua ‘sampah’. Saya tiada masalah dengan mana-mana pelakon,” tegas Shahid yang geram dan marah.
Dalam Batti Gul Meter Chalu, Shahid akan berlakon sebagai peguam yang mengetengahkan isu bil elektrik yang tinggi sehingga mendatangkan masalah kepada masyarakat India.
Filem arahan Shree Narayan Singh itu akan dilancarkan pada 31 Ogos depan.
The post Boleh berlakon dengan sesiapa pun appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Boleh berlakon dengan sesiapa pun
Anda sekarang membaca artikel Boleh berlakon dengan sesiapa pun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/boleh-berlakon-dengan-sesiapa-pun.html