link : Disney Setuju Beli Fox RM214 bilion
Disney Setuju Beli Fox RM214 bilion
Walt Disney Co bersetuju membeli aset utama filem dan televisyen 21st Century Fox milik Rupert Murdoch dengan harga AS$52.4 bilion (RM214 bilion) bagi menghadapi saingan perang huburan internet, termasuk Netflix.
Melalui pembelian itu, Disney memiliki sejumlah filem Hollywood terbitan Fox dan studio televisyen seperti ‘X-Men’, ‘Avatar’ dan ‘The Simpsons’ serta FX Networks dan National Geographic.
Disney juga memiliki, rangkaian hiburan kabel dan perniagaan televisyen antarabangsa Fox.
CEO Disney, Robert Igert dan pemilik 21st Century Fox, Rupert Murdoch – kredit foto AgensiCEO Disney, Robert Igert dan pemilik 21st Century Fox, Rupert Murdoch – kredit foto Agensi
Berikutan itu, Murdoch, 86, dan dua anak lelakinya akan memfokus media lain dalam kumpulan mereka, termasuk rangkaian penyiaran Fox, Fox News Channel dan saluran sukan.
Berikutan itu, CEO Disney, Robert Iger, yang sepatutnya bersara pada 2019, akan terus memegang jawatan itu sehingga 2021.
Langkah Disney membeli arkib filem Fox dilihat sebagai usaha menghadapi Netflix dan Amazon serta media sosial lain, termasuk Facebook dan Apple, yang akan menawarkan ‘streaming’.
Disney yang memiliki rangkaian televisyen ABC, ESPN dan studio utama di Hollywood, sedang bersiap melancarkan perkhidmatan streaming
The post Disney Setuju Beli Fox RM214 bilion appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Disney Setuju Beli Fox RM214 bilion
Anda sekarang membaca artikel Disney Setuju Beli Fox RM214 bilion dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/disney-setuju-beli-fox-rm214-bilion.html