Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu

Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu
link : Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu

Baca juga


Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu


WASHINGTON DC – Sebuah hospital di Florida berdepan persoalan etika selepas pasukan paramedik membawa seorang pesakit yang tidak sedarkan diri dengan tatu ‘Jangan Selamatkan Saya’.

Tatu ditulis pada dadanya itu menyebabkan doktor tertanya-tanya sama ada mesej berkenaan adalah permintaan terakhirnya.

Jurnal perubatan The New England melaporkan, lelaki berusia 70 tahun itu dimasukkan ke Hospital Peringatan Jackson di Miami akibat masalah pernafasan, kandungan alkohol tinggi dalam darah selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Pesakit ini mempunyai tatu di dada meminta dirinya tidak diselamatkan dan ia mencetuskan kekeliruan. Pada mulanya mereka tidak mahu menghormati mesej itu,”kata doktor.

Selepas mengambil kira faktor bahawa pesakit sanggup berbuat demikian untuk memastikan wasiatnya diketahui, perkataan ‘Tidak’ pada dadanya digariskan dan mesej itu turut mempunyai tandatangannya sehingga doktor terpaksa mendapatkan khidmat rundingan etika.

Sementara itu, doktor memberikan lelaki itu penjagaan asas, sementara mereka mempertimbangkan pilihan antara hidup atau mati.

Perunding etika menasihatkan doktor menghormati tatu itu dan munasabah untuk membuat keputusan bahawa tatu itu menunjukkan pilihan jelas pesakit.

Doktor menuruti permintaan itu dan lelaki terbabit meninggal dunia pada malam kejadian. – AFP/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu

Sekianlah artikel Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Doktor Serba Salah Kerana Mesej Di Tatu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/doktor-serba-salah-kerana-mesej-di-tatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :