Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan

Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan
link : Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan

Baca juga


Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan

PELAKON Dwan Hamid mengakui sering diberikan watak sampingan sahaja setiap kali mendapat tawaran berlakon daripada pihak produksi.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Muhammad Ridzwan Shahrul Hamid, 26, ini, dia tidak berkecil dengan perkara itu sebaliknya bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih ada pihak memberikan dia peluang berlakon.

Atas dasar itu juga, Dwan berkata, selain berlakon dia turut menjalankan perniagaan bagi menambahkan pendapatan dan tidak hanya bergantung harap kepada lakonan semata-mata.

“Kita tak tahu masa depan, soal rezeki sudah ditetapkan. Andai bukan rezeki dalam bidang lakonan, saya teruskan perniagaan.

“Buat masa sekarang saya mengusahakan kedai sisha di Kajang. Tak lama lagi saya juga akan mengeluarkan haruman badan jenama sendiri,” ujar pelakon drama Maaf Aku Tak Sempurna.

Dalam pada itu, Dwan berkata dia berharap dapat menjadi ikon belia negara menerusi kepakarannya dalam menjinakkan binatang berbisa iaitu ular.

Dwan berkata, dia kini dalam perancangan untuk menjelajah 14 negeri di seluruh Malaysia bagi mendidik masyarakat mengenai haiwan itu.

“Saya bukan setakat nak buat persembahan ular sahaja, tapi saya mahu berkongsi dengan orang ramai mengenai cara berhadapan dengan ular serta menambah kecintaan mereka terhadap haiwan.

“Perancangan ini sudah hampir siap. Sekarang saya sedang menunggu kelulusan dari pihak atasan sahaja.

“Sekiranya diluluskan, jelajah ini diharap dapat menjadi platform untuk saya mengukuhkan kerjaya dan pada masa sama mendidik masyarakat mengenai ular,” ujarnya.

Menurut Dwan lagi, usaha murninya itu turut mendapat sokongan banyak pihak yang rata-ratanya bersetuju dengan ideanya.

Malah, sudah ada beberapa pihak yang berminat untuk menjadi penaja kepada jelajah berkenaan.
“Apabila saya ketengahkan perkara ini, ramai yang suka dan memberi sokongan. Selain itu, ada juga yang mahu menaja,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Dwan mengakui ada juga segelintir individu yang memandang rendah dan memperlekeh usahanya itu.

Katanya, dia memilih untuk tidak menghiraukan mereka dan meneruskan apa yang sudah dirancang.
“Ada yang dakwa saya omong kosong dan bercita-cita besar. Tapi saya bukan bercakap sahaja, semua sudah dirancang, hanya tunggu masa untuk dilaksanakan.

“Daripada sakit hati, saya hiraukan individu-individu berkenaan dan fokus pada yang positif sahaja,” katanya.

The post Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan

Sekianlah artikel Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/dwan-hamid-sering-dapat-watak-sampingan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :