link : Filem Osman Ali sekali lagi ‘dirompak’
Filem Osman Ali sekali lagi ‘dirompak’
MALANG bagi pengarah terkenal Osman Ali apabila filem arahannya sekali lagi telah ‘dirompak’ dan disiarkan secara live di Facebook.
Sebelum ini filem Kau Yang Satu, kali ini Pinjamkan Hatiku pula menerima nasib yang sama.
Oleh itu, Osman yang ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya semalam menegaskan bahawa tindakan tegas harus diambil terhadap orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini.
“Sebelum ini tidak ada apa-apa tindakan tegas yang diambil, jadi perkara itu membuatkan mereka lebih berani. Ada juga yang boleh beri alasan tidak tahu bahawa tidak boleh membuat rakaman.
“Selain itu, pihak pawagam juga harus memainkan peranan mereka. Dua jam rekod takkan tak perasan kan. Jadi saya berharap ada lebih pemantauan,” katanya.
Tambah Osman, mungkin ada yang tahu perkara tersebut adalah satu kesalahan, tetapi sekadar satu kepuasan atau keseronokan bagi mereka.
“Kalau di luar negara, dah kena tangkap ni tapi di negara kita setakat ini belum lagi yang ada tangkapan dibuat. Kalau ada tangkapan, baru orang lain akan takut agaknya.
“Kami di Persatuan Penerbit Filem sudah banyak kali berbincang mengenai perkara ini, namun masih buntu dan tak tahu nak buat apa lagi.
“Akta ada cuma ada pro dan kontra. Ada yang fikirkan kasihan pada mereka sebab kebanyakkannya budak-budak lagi yang hanya mahu seronok-seronok sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, akhir sekali Osman berharap agar semua pihak dapat berganding bahu bagi membendung dan mencari penyelesaian bagi perkara ini yang menjejaskan sambutan penonton ke pawagam serta melemahkan semangat pembikin filem.
Pun begitu, Osman bersyukur kerana filem lakonan Shaheizy Sam, Ayda Jebat, Farid Kamil ini sudah mencatat kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.
“Syukur alhamdulilah, kepercayaan peminat masih ada terhadap filem ini. Saya berharap agar Pinjamkan Hatiku terus mendapat sokongan,” jelasnya
The post Filem Osman Ali sekali lagi ‘dirompak’ appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Filem Osman Ali sekali lagi ‘dirompak’
Anda sekarang membaca artikel Filem Osman Ali sekali lagi ‘dirompak’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/filem-osman-ali-sekali-lagi-dirompak.html