Firman mahu bersikap adil

Firman mahu bersikap adil - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Firman mahu bersikap adil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Firman mahu bersikap adil
link : Firman mahu bersikap adil

Baca juga


Firman mahu bersikap adil

Sejak single berjudul Kasih bersama kumpulan Hyper Act popular dan menjadi perhatian, nama Firman Bansir, 28, kembali menyerlah.

Kerjaya nyanyian juara Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) boleh dianggap bersinar semula berbanding sebelum ini.

Firman berkata, dia turut berdepan dilema apabila kebanyakan penganjur persembahan mahu dia muncul secara solo.

Menurut anak jati Tawau, Sabah ini, kadang-kadang dia sukar untuk membuat keputusan.

“Sekarang saya adalah vokalis tetap Hyper Act. Jadi, memang tidak adil untuk saya menerima tawaran persembahan secara solo.

“Walaupun saya tahu, kebanyakan penganjur selalunya menyediakan jumlah bayaran untuk menyanyi solo. Memandangkan sekarang saya bergerak dengan Hyper Act, semestinya saya perlu bersikap adil untuk rakan lain.

“Oleh itu, saya pastikan menerima tawaran menyanyi secara solo untuk satu atau dua persembahan saja dalam sebulan,” katanya.

Menurut Firman, selebihnya untuk persembahan lain yang diterima dia akan pastikan muncul bersama dua atau tiga orang anggota Hyper Act.

Selain Firman, Hyper Act dianggotai Etan sebagai pemain gitar, Akir (keyboard), Ejam (dram) dan Loco (keyboard).

Katanya, dia sangat menghormati rakan anggota Hyper Act yang lain kerana mereka sama-sama mencari rezeki.

“Justeru, di atas perbincangan bersama pihak pengurusan Hype Beat, maka kata putus berjaya diperoleh.

“Untuk bersikap adil kepada anggota Hyper Act yang lain, tawaran persembahan solo saya memang terhad.

“Apapun, saya okay saja kerana yakin pada rezeki. Paling utama, saya tidak lupa kongsi rezeki dengan rakan Hyper Act yang lain,” katanya.

Hingga kini, muzik video rasmi Kasih dimuat naik di YouTube mencatat 6.4 juta tontonan.

Menurut Firman, dia sangat berterima kasih dengan sokongan positif daripada pendengar muzik masa kini.

Berbicara mengenai single terbaru Hyper Act, Firman berkata, jika tiada aral single kedua mereka akan dilancarkan pada Januari ini.

“Buat masa ini, lagu sudah siap dan Hyper Act masih setia mengetengahkan karya ciptaan Frozen dan lirik ditulis oleh Akir.

“Genre muzik juga dikekalkan iaitu balada dan apa yang diharapkan semoga single kedua ini dapat sambutan baik.

“Buat masa ini judul lagu belum ada dan saya pun belum masuk ke studio untuk melakukan proses rakaman,” katanya.

Menyimpan impian untuk memastikan Hyper Act muncul dengan album, Firman berkata, ia adalah sasaran utama.

“Semoga impian ini termakbul dan paling lewat pun mungkin album itu akan dapat disiapkan pada penghujung 2018.

“Ini kerana, menghasilkan album bukan perkara mudah. Lebih-lebih lagi dalam membuat pemilihan lagu.

“Apatah lagi, Hyper Act tidak akan sesekali mengecewakan peminat kami. Jadi, lagu yang terbaik harus dipilih,” katanya.

Menurut Firman, apa pun yang pasti satu lagi sasaran Hyper Act ialah single dihasilkan akan menjadi lagu tema drama di televisyen.

The post Firman mahu bersikap adil appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Firman mahu bersikap adil

Sekianlah artikel Firman mahu bersikap adil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Firman mahu bersikap adil dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/firman-mahu-bersikap-adil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :