Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat

Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat
link : Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat

Baca juga


Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat

KUALA LUMPUR – Cadangan Pakatan Harapan untuk meletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya, disifatkan sebagai satu helah untuk mengaburi mata rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata strategi politik itu merupakan agenda DAP untuk menyembunyikan parti yang sebenarnya berkuasa dalam pakatan pembangkang.

“Anda boleh menipu beberapa orang pada satu-satu masa, tetapi anda tidak boleh menipu semua orang sepanjang masa.

“Selagi DAP parti yang lebih kuat daripada PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PAN (Parti Amanah Negara) dan PKR, DAP tidak memerintah, tetapi dia tetap menguasai,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan bahawa Pakatan Harapan bercadang meletakkan bekas perdana menteri dan presiden PKR itu sebagai pimpinan tertinggi negara, ketika pemukiman pakatan itu di Putrajaya, baru-baru ini.

Annuar berkata ketakutan utama DAP pada masa ini ialah apabila orang Melayu percaya bahawa parti itulah yang menerajui Pakatan Harapan sekali gus tidak memberikan sokongan kepada mereka pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA


Demikianlah Artikel Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat

Sekianlah artikel Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gandingan Mahathir-Wan Azizah Helah Kaburi Rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/gandingan-mahathir-wan-azizah-helah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :