Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng

Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng
link : Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng

Baca juga


Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng

SHAH ALAM:  Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuduh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memainkan sentimen agama dan perkauman di kalangan rakyat apabila mendakwa parti dominasi Cina itu mahukan jawatan perdana menteri.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata kenyataan Hadi langsung tidak beretika sekaligus bertentangan dengan sikap seorang agamawan.

“Sudah diumumkan pun PH (Pakatan Harapan) telah melantik calon perdana menteri dan timbalan bukan daripada DAP. Kenapa mati-mati pun nak kata DAP mahukan jawatan perdana menteri," katanya dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

Beliau merujuk kepada cadangan PH menamakan calon perdana menteri sementara dan timbalan perdana menteri iaitu Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Serangan (terhadap DAP) ini bertujuan untuk mencipta sentimen ketegangan kaum di kalangan rakyat, antara Melayu dan bukan Melayu,” katanya lagi.

Semalam, Hadi melalui satu rencana di sebuah akhbar dilaporkan menyelar  Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang dakwanya bercita-cita mahu menjadi perdana menteri, yang mana bercanggah dengan ketetapan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini selain menegaskan, hanya Islam boleh berlaku adil kepada semua.

Hadi berkata ianya cukup berbeza dengan PAS yang meletakkan keutamaan untuk mengekalkan kepimpinan Islam di negara ini. 

Selain itu, Hadi juga berkata kerajaan DAP di Pulau Pinang gagal untuk menjadi sebuah "negeri yang bersih" dan menyebabkan rakyatnya mengalami keperitan. 

DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008 selepas Pakatan Rakyat gabungan DAP-PKR-PAS berjaya mengalahkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

“Tapi, paling sedih ialah ada parti yang sepatutnya menaikkan Islam, bermain pula dengan sentimen perkauman tebal.

“Saya diberitahu adalah haram dalam Islam untuk berbuat begitu. Ia digelar sebagai ’asabiyyah’ (berpuak-puak). Sebagai pemimpin agama dan ulama, perkara ini tak boleh diterima.

“Kalau pun Umno dan Hadi nak berkawan, mereka tak patut mainkan sentimen sebegini,” kata Guan Eng.


Demikianlah Artikel Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng

Sekianlah artikel Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guan Eng dakwa Hadi tabur sentimen perkauman berhubung isu PM...Porahhh Lah Lim Guan Eng dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/guan-eng-dakwa-hadi-tabur-sentimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :