link : Halle Berry Ditinggalkan Teman Lelaki
Halle Berry Ditinggalkan Teman Lelaki
Hubungan asmara antara Halle Berry dengan teman lelakinya, Alex Da Kid dikatakan telah berakhir selepas pemuzik mogul British itu meninggalkan aktres jelita berkenaa kerana perempuan lain.
Menguatkan lagi spekulasi ekoran beberapa foto tersebar di internet menunjukkan keintiman Alex bersama seorang wanita dipercayai kekasih barunya. Mereka dikatakan keluar bersama untuk menikmati makan malam di sebuah retoran di Catch LA, pada 9 Disember lalu.
Hubungan Halle, 51, dan pemuda berusia 35 tahun itu menjdi bualan netizen selepas pasangan ini membuat pengumuman di Instagram rasmi mereka pada September lalu. Sekepaing foto hitam putih dimuat naik di Instagram beserta kapsyen, “my balance”.
..
Selain itu, pasangan ini dilihat oernah keluar bersama menikmati makan malam dan beberapa kali hadir bersama di beberapa acara hiburan di Hollywood.
Bagaimanapun hubungan percintaan mereka tidak berpanjangan. Ada pihak yang mendakwa pasangan ini kurang secocok disebakanjarak usia yang jauh iaitu 16 tahun perbezaan usia. Satu sumber mendakwa, Halle memerlukan seorang lelaki yang lebih matang, bijak dan lebih mencabar.
Namun sehingga kini tiada kenyataan rasmi baik daripada Alex mahupun bintang filem X-Mens itu mengenai gosip berakhirnya hubungan cinta mereka.
Terdahulu, Halle pernah mendirikan rumah tangga dengan Olivier. Mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Maceo Robert. Dia bercerai dengan lelaki itu selepas dua tahun perkahwinan mereka.
Kemudian dia berkahwin pula dengan pemain baseball, David Justice dari tahun 1993 sehingga tahun 1996 dan penyanyi R & B Eric Benet dari tahun 2001 sehingga 2003.
Halle juga mempunyai anak perempuan berusia 9 tahun, Nahla Ariela, hasil hubungannya dengan bekas teman lelaki, Gabriel Aubry.
The post Halle Berry Ditinggalkan Teman Lelaki appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Halle Berry Ditinggalkan Teman Lelaki
Anda sekarang membaca artikel Halle Berry Ditinggalkan Teman Lelaki dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/halle-berry-ditinggalkan-teman-lelaki.html