Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia

Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia
link : Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia

Baca juga


Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia

DEMI melaksanakan kerjaya seninya, Hannah Delisha tidak kisah untuk berulang-alik dari Singapura ke Malaysia.

Bahkan, selebriti berusia 21 tahun ini bersyukur apabila kedua-dua negara itu semakin menerima kehadirannya dalam industri seni.

“Saya memang beri sepenuh perhatian pada kerjaya seni saya di sini.

“Tapi, itu bukan bermakna saya letak ke tepi semua tawaran yang datang dari negara kelahiran saya.

“Apa yang penting, saya perlu pastikan jadual dalam keadaan teratur agar tak berlaku sebarang pertindihan,” katanya pada Sinar Harian.

Bahkan, Hannah juga tidak menolak apabila bidang lakonan lebih mendekatkannya dengan peminat meskipun kerjayanya bermula sebagai penyanyi.

“Jujurnya, saya ingin bidang lakonan dan nyanyian berjalan seiring.

“Kalau boleh, saya juga ingin mencuba bidang lain termasuk pengacaraan, namun perlu bahagikan masa dengan sebaik mungkin,” katanya.

Mengulas mengenai karier nyanyiannya pula, pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini bakal melancarkan single terbarunya, Tak Perlu Kata Apa-Apa pada Februari nanti.

“Saya sendiri yang mencipta dan menulis lirik bagi lagu ini. Susunan muziknya pula dibuat oleh Faizal Tahir.

“Lagu ini membawakan genre yang berbeza bahkan feelnya juga lebih happy. Ia adalah sebuah lagu berunsur nasihat mengenai sosial media dan haters serta jangan sebarkan perkara negatif.

“Kini, ia masih lagi dalam proses rakaman,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hannah bakal bergandingan dengan aktor popular, Datuk Aaron Aziz menerusi filem I Love You Stupid yang dijangka memulakan penggambaran pada Mac depan.

Pada masa sama, pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer ini berdebar menantikan tayangan filem sulung lakonannya, Langsuir.

The post Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia

Sekianlah artikel Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hannah Delisha ulang-alik Singapura, Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/hannah-delisha-ulang-alik-singapura.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :