Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf

Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf
link : Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf

Baca juga


Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf

KOTA BHARU: Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak akan memohon maaf sehingga diputuskan bersalah oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian susulan terdapat gesaan yang mahu beliau memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mempertikai titah baginda yang menegur Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Zaid juga mempertahankan kenyataan beliau menerusi akaun Twitter baru-baru ini yang didakwa bukan satu kesalahan, sebaliknya hanya berniat untuk menegur pemimpin.

“Saya rasa saya tidak ada buat silap, maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil saja ni. Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa yang kesalahan saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?

“Nak kata saya bersalah atau tidak kena tunggu siasatan polis dululah, bicara di mahkamah, mahkamah tentukan. Polis akan siasat saya, setakat ini polis belum panggil lagi. Saya akan bagi penjelasan tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian PDM Wakaf Siku Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Wakaf Siku, di sini malam tadi.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu menghina Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Tindakan itu telah mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin yang turut menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang biadab.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan Zaid agar pulang sahaja ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan teguran baginda dalam isu Dr. Mahathir sehingga sanggup membuat kenyataan biadab seperti itu.


Demikianlah Artikel Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf

Sekianlah artikel Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/hina-sultan-selangor-zaid-enggan-mohon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :