‘Ini balasan mereka kepada saya’

‘Ini balasan mereka kepada saya’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Ini balasan mereka kepada saya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Ini balasan mereka kepada saya’
link : ‘Ini balasan mereka kepada saya’

Baca juga


‘Ini balasan mereka kepada saya’

Seorang bapa yang mengalami angin ahmar, memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya selepas masing-masing didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagaimana seorang anak terhadap ayah.

Daut @ Kassim Jali, 84, yang memiliki tujuh orang anak sebelum ini berstatus jutawan apabila dikatakan memiliki tiga stesen minyak, ladang sawit, pusat ternakan ayam serta beberapa aset lain yang kesemuanya bernilai lebih RM4 juta.

Bagaimanapun, menurut Daut, setelah kesemua aset yang diusahakannya itu sejak 1970-an tersebut diagih-agihkan kepada tujuh anaknya yang berusia 41 hingga 58 tahun untuk diusahakan, lain pula jadinya.

Dia mendakwa, kesemua anaknya bukan sahaja ‘lupa daratan’ malah turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya sehingga terpaksa mengharapkan belas ihsan daripada anak-anak tiri serta isteri kedua yang kini tinggal di Masjid Tanah.

“Saya kesal kerana anak-anak meminggirkan saya. Nafkah sara hidup saya pun mereka tak beri, bagaimana saya hendak menyara kehidupan saya sedangkan saya amat memerlukan kos untuk rawatan kesihatan saya kini.

“Saya tidak mahu mempersoalkan terhadap apa yang telah diberikan kepada anak-anak, cuma melahirkan perasaan kecewa, macam ini balasan mereka kepada saya,” katanya.

Menurutnya, anak-anaknya dua tahun tidak menjenguknya, bahkan ketika mengerjakan umrah sebelum ini pun tidak datang berjumpa.

“Ingat lagi satu ketika sewaktu kereta habis minyak, saya ke stesen minyak yang diusahakan anak tetapi tidak diendahkan. Anak saya tak bagi saya isi minyak. Dua jam saya tunggu, dimakinya pula. Padahal stesen itu saya yang usahakan dulu,” katanya sambil menahan sebak ketika  tampil mengadu di Pejabat Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN) negeri di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh di sini, semalam.

Sementara itu, peguamnya, Mohd. Adli Ithnin berkata, tiga tahun lalu, Daut pernah memfailkan tuntutan nafkah terhadap anak-anaknya itu di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dan berjaya memperolehi hak untuk menguruskan ladang ternakan ayam di atas dua lot tanah.

“Malangnya pada September lalu, anak-anaknya mengambil kedua-dua lot tanah tersebut dan juga perniagaan ayam menyebabkan beliau kini tiada lagi sumber kewangan.

“Sedangkan pada masa kini beliau terpaksa membeli keperluan makanan, ubat-ubatan, lampin pakai buang serta perbelanjaan lain yang kesemuanya berjumlah hampir RM4,000.

“Justeru, dia akan memfailkan tuntutan nafkah terhadap tiga orang anaknya berjumlah RM3,925 sebulan setiap seorang sehingga akhir hayatnya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, di dalam situasi ini, ketika usia ayah berkenaan sebegitu rupa, malah kesihatan yang tidak mengizinkan tidak sepatutnya anak-anak ketepikan bapa yang sudah banyak berjasa selama ini.

“Selama ini ayah telah berkorban untuk meningkatkan ekonomi anak-anak dengan tanpa usaha anak itu sendiri.

“Hari ini dengan berlandas usaha ayah, anak-anak ini berjaya di dalam bidang perniagaan masing-masing. Apa salahnya memberi sedikit sumbangan bulanan pada ayah?,” tegasnya.

The post ‘Ini balasan mereka kepada saya’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Ini balasan mereka kepada saya’

Sekianlah artikel ‘Ini balasan mereka kepada saya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Ini balasan mereka kepada saya’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/ini-balasan-mereka-kepada-saya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :