link : Jangan terperangkap dengan 'serang hendap' pembangkang
Jangan terperangkap dengan 'serang hendap' pembangkang
Ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) dingatkan supaya tidak terperangkap dengan strategi serangan mengejut saat-saat akhir pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)nanti.
Menurut Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, serangan mengejut tersebut jika tidak ditangani dengan bijak boleh mengalihkan sokongan pengundi kepada BN dan pernah berlaku pada PRU-13 dahulu.
"KIta harus hidu awal isu dan pembohongan yang dimainkan oleh strategis pembangkang.
"Kita letak tanggungjawab kepada Biro Penerangan, Biro Teknologi Maklumat dan unit media sosial sedia jawapan dan serang balas dengan cepat," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan ahli UMNO supaya tidak berasa selesa dengan kekuatan yang ada pada parti hari ini.
"Jika ada dalam minda kita, pertandingan dua penjuru akan bagi kelebihan, itu tidak tepat, kerana disesetangah kawasan ia tidak akan menguntungkan kita. Biar pun kita berharap pertandingan dua penjuru, ada kawasan dilihat terdapat risikonya.
"Oleh itu parti harus dikukuh dari dalam dan bukan bergantung kepada kelemahan pembangkang. Pembangkang hidup atas isu tetapi BN bergerak atas asas agenda," katanya.-9/12/2017
Ucapan Penggulungan
YB. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO/TPM
YB. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden UMNO/TPM
Pertamanya, izinkan saya menzahirkan kesyukuran terhadap Allah SWT dengan limpah dan kurniaNYA kita berjaya melaksanakan amanah bangsa Melayu sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2017 ini.
Hari ini kita sudah sampai ke kemuncaknya. Seperti baru semalam kita bekerja keras dalam PRU ke-13, ‘Mother of All Elections’, hari ini kita sudah sampai ke gerbang PRU ke-14, ‘Father of All Elections’.
Dalam kesibukan kita mendengar amanat dan debat, Jumaat, hari berkat, Pemuda UMNO menyuarakan kepentingan umat. Saya mengucapkan syabas kepada Pergerakan Pemuda, yang berani meluahkan kemarahan, terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, yang amat mengguris hati umat Islam seluruh dunia. Saya menyarankan agar satu perhimpunan NGO-NGO Islam dan parti-parti politik, bagi menghimpunkan pemimpin dan ummah, untuk membantah pemindahan ibu negara Israel dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembahas di atas setiap usul dan cadangan ikhlas yang menyentuh soal pertanggung-jawaban saya dalam UMNO, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan khususnya di bawah Kementerian Dalam Negeri. Saya akan terus mengingatkan pegawai-pegawai saya agar memberi perhatian terhadap semua usul yang dikemukakan termasuk soal pekerja asing.
Sejujurnya, saya melihat setiap usul dan saranan perwakilan telah disuarakan dengan penuh keberanian dan kejujuran. Ini membuktikan UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Sri Presiden lebih terbuka.
Dahulu, ahli akar umbi gentar bersuara, kerana bimbang dengan tindak balas politik. Hari ini, ‘TEMBOK PEMISAH’ sudah tidak ada dalam UMNO. Tiada lagi sebarang jurang yang di atas dan di bawah. Demokrasi dalam UMNO kian mekar dan segar.
UMNO tidak lagi mengamalkan ‘PEMUSATAN KUASA INDIVIDU’. Tiada lagi ‘Power Centric’ dalam parti. Politik OTO-RI-TA-RIAN tiada dalam kepimpinan Dato’ Sri Presiden. Setiap keputusan kerajaan dan parti diambil secara kolektif dan bermusyawarah.
Semua ini kita lakukan dalam pendekatan permuafakatan, yang merupakan amalan JIWA JAMAI’E.
ZAMAN KERAJAAN TAHU SEGALANYA TELAH BERAKHIR.
ZAMAN KAMI DI ATAS INI, TAHU SEGALANYA JUGA TELAH BERAKHIR.
Rakyat sudah matang,
sudah celik dan mahu denyut nadi mereka didengar Kehendak rakyat mesti kita dahulukan.
sudah celik dan mahu denyut nadi mereka didengar Kehendak rakyat mesti kita dahulukan.
Tan Sri Pengerusi Tetap.
Sejak Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hinggalah hari ini, maudhuk perbincangan bertumpu kepada PRU-14. Jelas kepada kita, kesiapsiagaan jentera parti, sudah mencapai tahap tertinggi. Ahli UMNO tidak sabar lagi untuk bertempur. Saya yakin ahli komponen pun sudah berada di medan.
UMNO jangan mudah selesa, jika menghadapi pertembungan lebih dari 2 penjuru. Kerana di sesetengah kawasan ia mungkin tidak akan menguntungkan BN. Parti harus diperkuatkan dari dalam, bukan mengharapkan faktor luaran. Pembangkang akan menggunakan apa sahaja pendekatan untuk menang. Mereka hidup atas isu sedangkan Barisan Nasional mengamalkan ‘agenda centric’.
Kita perlu sedar dengan taktik pembangkang yang seringkali menggunakan S-L-M-A. Surprised Last Minutes Attack atau kejutan serangan di saat akhir mampu mengalih sokongan pengundi atas pagar dan ‘persuadable voters’.
Hinggakan ada orang kita terperangkap dengan percaturan mereka.
Jentera parti perlulah menghidu terlebih awal sebarang isu dan pembohongan yang dimainkan pembangkang kali ini, terutama di media sosial. Sediakan jawapan dan serang balas setiap fitnah dan tohmah. UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya media sosial.
Ingatlah, kita dalam satu pasukan. Janganlah libas sesama sendiri. Tolong satu sama lain, terutamanya pada hari D-Day.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
Dato’ Sri Presiden mengingatkan kita, pentingnya bergerak sebagai satu pasukan. Bergeraklah dengan penuh keyakinan, kerana kita berada di landasan yang betul. Bertarunglah dengan semangat juang dan tekad yang tinggi, bahawa kita telah berusaha dan merancang. Faiza Azamta, Fatawakkal Alallah!
Saya tidak mahu ada rajuk-merajuk dan tersentap hati. Berilah sokongan padu kepada kepada sesiapa saja yang terpilih sebagai calon. Jadilah seorang pengikut yang baik, kerana pemimpin yang baik bermula dari pengikut yang baik.
Dalam konteks ini, saya tidak pasti adakah pemimpin yang ‘dahulu itu’ bermula sebagai pengikut yang baik? Sejarah tidak pernah berbohong, saya tahu dan saya yakin semua yang dalam dewan ini tahu apa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini, kepada pemimpin-pemimpinnya. Sebaliknya kita semua yang berada dalam dewan ini, adalah terdiri dalam kalangan pengikut yang baik dan insya-Allah bakal menjadi pemimpin yang baik.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
Sebagaimana yang diamanahkan pada saya pada PRU kali ini, saya akan membantu Dato’ Sri Presiden, menggerakkan jentera dan melaksanakan operasi. Penterjemahan segala arahan Panglima kita, kepada jentera UMNO dan Barisan Nasional akan dilaksanakan dengan berkesan.
Sebarang permasalahan dan pertikaian dalam parti komponen akan diangkat ke Dewan Tertinggi Barisan Nasional atas dasar permuafakatan dan kompromi. Ini termasuk isu pemilihan calon.
Saya ingin memaklumkan, bahawa Program Naziran yang diterajui oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berjalan lancar, dalam menilai tahap kesiapsiagaan jentera di semua peringkat PDM. Tidak cukup dengan itu, kita juga harus pastikan semua sasaran kerusi yang ingin kita ‘retain and regain’ akan tercapai. Kita tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Saya cukup yakin, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien dapat meletakkan suatu penanda aras (KPI) yang tinggi, terhadap semua PDM yang didedahkan dengan Manual Operasi Pilihan Raya. Jentera UMNO juga perlu memastikan setiap pengundi di PDM terutama ahli parti dan komponen keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian. Bagi mengelakkan gangguan kepada jentera parti dan tindakan sabotaj, kumpulan pelapis kedua perlu diwujudkan.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
Dalam mendepani PRU 14, ‘Conflict Resolution Committee’(CRC) yang diilhamkan penubuhannya oleh Dato’ Sri Presiden, untuk menyelesaikan segala permasalahan yang wujud, baik di peringkat Parlimen, mahupun DUN, harus diselesaikan sebelum pembubaran Parlimen.
Konsep GOTV perlu dihayati dan dilaksanakan dengan komitmen yang tinggi oleh setiap ketua PDM di seluruh negara. Pelaksanaan GOTV ini perlu ada piawaian gerak kerja yang membuahkan hasil yang ditetapkan. Persoalan ini bukan hanya untuk jentera UMNO sahaja, malahan ia meliputi semua parti komponen Barisan Nasional.
Tan Sri Pengerusi Tetap,
Saya telah bertemu dengan semua jentera dan sayap setiap negeri. Saya dapati tahap keyakinan mereka amat tinggi untuk memastikan kemenangan. Saya ingin memberi jaminan kepada Dato’ Sri Presiden, bahawa kita telah bersedia sepenuhnya. Apabila gendang perang itu dipalu, kita akan bertempur serentak sederap bersama panglima kita.
KERIS 2314 siri 1.0 dan 2.0 adalah salah satu pendekatan serta-merta yang berbentuk PEMBUGARAN politik. Program kaderisasi ini telah melatih lebih 50 ribu pemimpin dan ahli UMNO. Ayuh, kita semarakkan Gelombang 2314!
Amanat Dato’ Sri Presiden yang mahu obor perang yang jamungnya sudah mula berjulang, tidak akan kita biarkan padam. Usahlah Dato’ Sri Presiden gusar, nyatakan saja tarikh PRU14. KITA TELAH BERSEDIA!!
Tan Sri Pengerusi Tetap,
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas usul yang menyentuh Dato’ Sri Presiden dan diri saya, serta dipersetujui oleh seluruh sidang perwakilan. Yakinlah, amanah ini akan tetap saya galas, tanggungjawab juga tetap saya laksanakan. Semua ini merupakan suatu penghargaan dan cabaran kepada saya.
Saya juga berterima kasih kepada Dato’ Sri Presiden yang meletakkan seluruh kepercayaannya, sejak saya dilantik sebagai Setiausaha Politiknya pada 1987 hingga pada kedudukan saya sekarang. Hubungan akrab ini membolehkan saya membantu beliau sejak dari dahulu lagi.
Saya ingin menyatakan selagi hayat dikandung badan, kesetiaan saya kepada Presiden tidak berbelah bahagi. Saya yakin, saudara-saudari juga tetap akan bersama Dato’ Sri Presiden!
Biar berdentum guruh di langit,
Biar halilintar panah menyambar!
Semangat kita tidak akan pudar!
Jamung berjulang tidak disambar!
Biar halilintar panah menyambar!
Semangat kita tidak akan pudar!
Jamung berjulang tidak disambar!
Kita akan marakkan lagi,
Obor perjuangan bangsa ini!
Obor perjuangan bangsa ini!
Bahtera sudah di air!
Sauh sudah di angkat!
Berundur tidak sama sekali!
Sauh sudah di angkat!
Berundur tidak sama sekali!
Sesungguhnya,
Kita tidak rela,
Anak cucu kita, menghina, mencerca
Atas kesilapan langkah kita,
Yang kurang bersungguh,
Bersikap sambil lewa,
Mempertahankan agama, bangsa
Dan negara.
Kita tidak rela,
Anak cucu kita, menghina, mencerca
Atas kesilapan langkah kita,
Yang kurang bersungguh,
Bersikap sambil lewa,
Mempertahankan agama, bangsa
Dan negara.
Apabila gendang perang lantang kedengaran!
Keris sudah bergetar di tangan!
Pedang dipinggang siap dilibaskan!
Membujur lalu melintang kupatahkan!
Keris sudah bergetar di tangan!
Pedang dipinggang siap dilibaskan!
Membujur lalu melintang kupatahkan!
Apabila bicara sudah dikata,
Tidak berganjak sumpah perwira,
Tiada Serapah Tiada Mentera,
Berdiri tegak berjanji setia!
Demi kelangsungan bangsa!
Tidak berganjak sumpah perwira,
Tiada Serapah Tiada Mentera,
Berdiri tegak berjanji setia!
Demi kelangsungan bangsa!
Kita bangkit bersama
Membulat tekad sekata
Menzahirkan Iltizam kita
Menghadapi Pilihan raya
Mari, mari kita mara
Perjuangan mulia terus membara
Mengikat janji sepenuh jiwa
Kepada pemimpin kita setia
Perjuangan mulia terus membara
Mengikat janji sepenuh jiwa
Kepada pemimpin kita setia
Kepada sahabat pejuang bangsa
Menyubur tanah memelihara agama
Bangun berdiri seia sekata
Angkatlah tangan laungan bergema
Menyubur tanah memelihara agama
Bangun berdiri seia sekata
Angkatlah tangan laungan bergema
Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang
Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya kami,
Ahli UMNO
Berjanji
Untuk setia kepada Presiden
Dan seluruh kepemimpinan Parti,
Ahli UMNO
Berjanji
Untuk setia kepada Presiden
Dan seluruh kepemimpinan Parti,
Berjuang sepenuh hati,
Kuat sepadu tegak berdiri
Dalam barisan kukuh terkunci,
Kuat sepadu tegak berdiri
Dalam barisan kukuh terkunci,
Kami akur serta taat
Kepada Presiden agar berkat
Segala keputusan arahan dan amanat
Untuk dipikul walaupun berat
Kepada Presiden agar berkat
Segala keputusan arahan dan amanat
Untuk dipikul walaupun berat
Hasrat kita tetap sama
Memenangi pilihan raya
Majoriti besar dua pertiga
PRU ke 14 medan kita
Memenangi pilihan raya
Majoriti besar dua pertiga
PRU ke 14 medan kita
Bekerja bersungguh secara teratur
Tegas mengikut struktur
Amalan parti kami akur
Dengan jiwa penuh luhur
Dan kami
Seterusnya berjanji
Bergerak demi ibu pertiwi
Tersusun sepenuh hati
Tegas mengikut struktur
Amalan parti kami akur
Dengan jiwa penuh luhur
Dan kami
Seterusnya berjanji
Bergerak demi ibu pertiwi
Tersusun sepenuh hati
Kami juga
Tidak akan menentang
Keputusan pemimpin yang matang
Memilih calon boleh menang
Demi masa depan cemerlang
Kami bersumpah
BN tetap kekal memerintah
Berjuang berani penuh bermaruah
Putrajaya tidak akan kami serah
BN tetap kekal memerintah
Berjuang berani penuh bermaruah
Putrajaya tidak akan kami serah
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
HIDUP UMNO!
HIDUP MELAYU!
HIDUP RAKYAT!
Demikianlah Artikel Jangan terperangkap dengan 'serang hendap' pembangkang
Sekianlah artikel Jangan terperangkap dengan 'serang hendap' pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan terperangkap dengan 'serang hendap' pembangkang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/jangan-terperangkap-dengan-serang.html