link : Jibam gagal dapat sambutan walaupun cerita menarik
Jibam gagal dapat sambutan walaupun cerita menarik
MEMPUNYAI kandungan cerita yang menarik, filem Jibam bagaimanapun gagal mendapat sambutan di pawagam.
Pengarahnya, Che Mie tidak menolak kekurangan promosi menjadi sebab utama mengapa mereka gagal menarik penonton ke pawagam.
“Ya, filem ini kurang mendapat sambutan penonton. Mungkin, promosi yang kami lakukan tak begitu mencapai target.
“Tapi, kami sendiri pernah hubungi sebuah stesen TV dan nyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam soal promosi, namun sikap acuh tak acuh mereka melemaskan kami.
“Ataupun, filem Jibam bukan untuk golongan kaki wayang ,” katanya pada Sinar Harian.
Filem Jibam diadaptasi menerusi novel karya legenda dalam dunia kartunis tanah air, Ujang dan diterbitkan Spektra Selasih Sdn Bhd.
Ia mula ditayangkan sejak 7 Disember lalu dan difahamkan akan berakhir hari ini (13 Disember).
Pada masa sama, Che Mie juga mengakui kecewa dengan sikap pawagam yang tidak menyokong filem tempatan.
“Pawagam pun nampak macam ada sesuatu saja. Apa yang saya lihat, poster filem ini hanya terpampang di satu ruangan kecil pawagam. Poster besar Jibam pula hanya terperosok dalam stor pawagam,” luahnya dalam nada kecewa.
Lebih memburukkan lagi, katanya, pawagam juga terlalu ‘mengangkat’ kehadiran filem luar negara seperti Star Wars: The Last Jedi dan Jumanji: Welcome To The Jungle yang akan ditayangkan pada 14 dan 21 Disember ini.
“Bayangkan, baru dua hari tayangan pun, tarikh tayangan filem juga jadi huru-hara, dengan waktu yang tak bersesuaian, nampak sangat macam mereka nak kick-out filem ini.
“Bahkan trailer juga tak dimainkan, tapi mereka dah bentangkan karpet merah untuk dua filem blokbuster itu,” katanya lagi.
Jibam, dilakonkan oleh Mohd Ariff Abdullah atau Buntat, Syafie Naswip, Bohari Ibrahim, Farah Ahmad, Esma Daniel, Fadlan Hadzim, Kamarool Yusof serta ramai lagi.
Menyuarakan rasa yang sama, penerbitnya, Adam Goh bagaimanapun mengakui sudah berusaha untuk melakukan pelbagai promosi dengan sebaik mungkin.
“Sebenarnya, saya tak tahu apa faktor utama yang membawa ia kepada kurang sambutan.
“Kalau kata promosi, kami dah jalankan semua promosi termasuklah menerusi platform surat khabar,TV, radio dan juga media sosial.
“Tapi, kami tak salahkan sesiapa. Kami anggap saja ia sebagai bukan rezeki. Semuanya bergantung pada Tuhan,” katanya.
Bahkan, Adam juga akur apabila filem itu tidak lagi disambung tayang.
“Apa nak buat, itulah realitinya, kita pun tak boleh nak buat apa,” katanya sedih.
Meskipun kurang mendapat sambutan, baik Che Mie mahupun Adam, kedua-duanya tetap berbangga dengan karya yang dihasilkan.
“Bagi kami, filem ini adalah sebuah naskhah yang bagus untuk ditonton sekeluarga. Ceritanya sarat dengan mesej dan penuh dengan pengajaran,” katanya.
The post Jibam gagal dapat sambutan walaupun cerita menarik appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Jibam gagal dapat sambutan walaupun cerita menarik
Anda sekarang membaca artikel Jibam gagal dapat sambutan walaupun cerita menarik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/jibam-gagal-dapat-sambutan-walaupun.html