Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar

Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar
link : Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar

Baca juga


Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar

GERIK: UMNO sedia mempertimbang menggunapakai sistem 'Get Out The Voters' (GOTV) yang dibangunkan Barisan Nasional (BN) Perak bagi menangani kes pengundi 'putih' tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata sistem yang merekodkan pemilih keluar mengundi itu melaporkan secara tepat masa mengenai kedudukan parti pada hari pengundian berdasarkan bilangan yang mengundi.

Katanya, sistem berbentuk aplikasi itu juga sesuai digunakan di kawasan yang tidak mempunyai liputan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama kemudahan internet.

"Saya sudah melihat banyak sistem GOTV di negeri lain dan sedar (mendapati) sistem yang dibangunkan di Perak adalah terbaik kerana ia dapat melaporkan aktiviti pengundi pada hari mengundi secara tepat masa.

"Ia membolehkan kita mengesan pengundi khususnya pengundi 'putih' yang belum keluar mengundi lebih pantas dan ini memberi ruang kepada mereka melaksanakan tanggungjawab mengundi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival dan Pelancaran Jentera BN Lenggong di Dataran Amanjaya Lawin di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Saarani Mohamad dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Annuar berkata, GOVT yang dibangunkan BN Perak itu juga membolehkan parti mengenal pasti siapa dan lokasi pengundi `putih' berada bagi membolehkan mereka mengesan individu berkenaan kemudian menyediakan keperluan khususnya pengangkutan untuk dibawa keluar mengundi.

Sementara itu, Saarani yang juga EXCO kerajaan negeri, berkata sistem masih di peringkat percubaan itu mampu merekodkan kehadiran pengundi dengan lebih pantas berbanding sistem sedia ada .

"Sebelum ini maklumat bilangan pengundi yang mengundi (yang diperoleh) daripada ejen tempat mengundi, hanya diperoleh kira-kira tiga jam daripada `satu titik masa' (satu tempoh masa tertentu) menyebabkan kita bertindak agak lambat bagi mengerahkan pengundi khususnya pengundi 'putih' keluar mengundi sebelum jam 5 petang.

"Dengan sistem baharu ini, ia membolehkan kita mengenal pasti sama ada seseorang itu pengundi 'putih', 'kelabu', atau 'hitam' dalam masa lebih pantas dan seterusnya membolehkan arahan dapat dikeluarkan untuk meminta pengundi berkenaan keluar mengundi," katanya.


Demikianlah Artikel Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar

Sekianlah artikel Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaji guna pakai GOVT BN Perak - Annuar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kaji-guna-pakai-govt-bn-perak-annuar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :