Katharsis melekat di hati peminat Search

Katharsis melekat di hati peminat Search - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Katharsis melekat di hati peminat Search, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Katharsis melekat di hati peminat Search
link : Katharsis melekat di hati peminat Search

Baca juga


Katharsis melekat di hati peminat Search

MELIHATKAN sambutan hebat diterima terhadap album terbaru mereka iaitu Katharsis, anggota kumpulan Search menjangka dapat mencapai jualan memberangsangkan sebanyak 10,000 unit.

Album terbitan Datuk M Nasir itu mencatat sejarah peribadi buat Search kerana berjaya dijual sebanyak 4,000 unit selepas seminggu berada dalam pasaran.

Pencapaian itu dianggap bagus ketika trend sekarang menyaksikan peminat lebih suka membeli lagu secara digital berbanding membeli album fizikal yang dianggap konvensional.

Vokalis Search, Amy, 59, berkata, idea disuntik menerusi lagu yang menarik, cetakan album dalam empat warna CD, reka bentuk ‘cover’ dan ‘inlay’ yang berbeza antara faktor peminat setia membeli album kumpulan itu.

“Kami sangat bersyukur kerana peminat ternyata tertunggu-tunggu untuk memiliki album ini selepas 11 tahun Search tidak menghasilkan album studio.

“Daripada tinjauan dibuat, peminat rata-rata menyukai variasi lagu yang dimuatkan samada balada mahupun rentak ‘heavy’,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Penerbit Eksekutif Katharsis, Datuk Zaharul Annuar yang juga Presiden Pawana Music berkata, syarikatnya menambah cetakan album Katharsis sebanyak 2,000 unit baru-baru ini dan semuanya sudah diambil oleh pengedar.

“Bagi saya ia bukan menghairankan kerana gabungan M Nasir dan Search berjaya menghasilkan lagu-lagu yang sedap dan terus menjadi siulan peminat.

“Kami melantik syarikat rakaman NSR sebagai pengedar Katharsis untuk pasaran di seluruh negara. Melihatkan permintaan yang baik daripada ejen mereka, kami percaya album ini boleh mencecah jualan 10,000 unit dalam masa yang singkat,” katanya.

Sebelum ini, Amy pula pernah membayangkan album ke-12 ini menjadi album studio terakhir Search kerana beberapa faktor antaranya umurnya yang akan mencecah 60 tahun pada tahun depan.

The post Katharsis melekat di hati peminat Search appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Katharsis melekat di hati peminat Search

Sekianlah artikel Katharsis melekat di hati peminat Search kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Katharsis melekat di hati peminat Search dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/katharsis-melekat-di-hati-peminat-search.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :