Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan

Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan
link : Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan

Baca juga


Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan

“SAYA belum bersedia,” demikian kata bapa kepada murid lelaki berusia 11 tahun yang didakwa menghadapi masalah disiplin sehingga menyebabkan Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan diheret ke mahkamah.

Lelaki berusia 50 tahun itu yang ditemui di rumahnya di Nilai, hari ini, mendakwa menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak selepas kes berkenaan menjadi tular di Facebook (FB).

"Saya akan menjelaskan mengenai apa sebenar yang berlaku, esok. Sekarang ini kami sekeluarga menerima terlalu banyak tekanan," katanya yang enggan ditemubual lebih lanjut.

loading...
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak Md Fakarudin Ab Rahman meminta orang ramai supaya tidak terus menyalahkan keluarga murid itu dan membuat spekulasi berhubung isu berkenaan.

“Bapa murid terbabit membuat laporan polis apabila diminta pihak hospital berbuat demikian selepas anaknya dibawa mendapatkan rawatan.

“Dia sebenarnya hanya mengikut prosedur undang-undang sehingga kes dibawa ke mahkamah. Bukan bapa murid itu yang menyaman Cikgu Azizan di mahkamah," katanya.

Md Fakarudin berkata, murid itu dan keluarga sewajarnya diberi peluang untuk meneruskan hidup dengan tenang dan masyarakat tidak terus menuding jari menyalahkan mereka.

Katanya, sebelum ini pihaknya sudah berusaha melakukan terbaik termasuk menyelesaikan kes di luar mahkamah, namun tetap bersyukur kes berkenaan sudah selesai.

Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, melepas tanpa membebaskan Azizan daripada pertuduhan mencederakan muridnya itu pada 6 April lalu.

Sumber: Harian Metro


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan

Sekianlah artikel Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluarga pelajar tertekan dengan kes Cikgu Azizan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/keluarga-pelajar-tertekan-dengan-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :