Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian

Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Terkini, Artikel Today, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian
link : Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian

Baca juga


Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menghentikan sepenuhnya amalan pengasingan kelas melalui ujian kemasukan tahun 1 mulai 2019, dalam usaha mengelakkan jurang kepandaian antara pelajar.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dipetik Berita Harian berkata, amalan itu bukan dasar pendidikan, sebaliknya ia kaedah sekolah untuk mengejar pencapaian akademik mengikut Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi petunjuk prestasi utama (KPI).
Katanya, Jabatan Pendidikan Negeri juga perlu menghentikan sekolah kawalan yang memilih pelajar berdasarkan pencapaian akademik, sukan dan disiplin yang tidak sejajar dasar pendidikan negara.
Sekolah atau kelas kawalan di peringkat menengah bertujuan menyisih pelajar baik yang gagal ke sekolah berasrama penuh dengan pelajar kurang cemerlang.
“Kita tidak menggalakkan amalan ini yang kadangkala menyusahkan pelajar kerana ada sesetengah kes, pelajar terpaksa pergi ke sekolah jauh kerana tidak diterima di sekolah berhampiran kawasan perumahannya.
“Selaras Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.
“Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu,” katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki, Nilai, semalam.
Amin berkata, Kementerian Pendidikan tidak bercadang mengeluarkan pekeliling mengenai semua amalan lama itu, sebaliknya berharap pentadbir sekolah memahami dan menerapkan amalan seiring dasar pendidikan negara. #sumber


Demikianlah Artikel Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian

Sekianlah artikel Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Arahkan Semua Sekolah Henti Amalan "Asing Pelajar" Ikut Kepandaian dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kerajaan-arahkan-semua-sekolah-henti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :