KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR

KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR
link : KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR

Baca juga


KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR

Nurul Fadli atau lebih dikenali Aboy dikatakan menjadi perantara untuk urusan dengan agensi penguatkuasa dan kerajaan ne­geri supaya kegiatan haram di Sungai Long itu tidak diganggu dan dia juga diberitakan hidup mewah walaupun tidak berkerja.

Cerita penahanan Aboy ini mengulangi kisah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly dan banglo disneyland yang juga mencetuskan persoalan rakyat, apakah kekayaan itu ada kaitan dengan hubungan rapatnya de­ngan Mohamed Azmin.

Ini kerana, baik Aboy yang sememangnya mempunyai pertalian darah dengan Mohamed Azmin, Adam Rosly, 28, sendiri diketahui umum merupakan pemimpin muda PKR yang rapat dan sering kali dilihat bersama-sama dengan Menteri Besar tersebut dalam banyak majlis.

Persoalannya, apakah masalah curi pasir di Selangor yang dilihat amat sukar untuk dibanteras walaupun kerajaan ne­geri mempunyai pelbagai mekanisme penguatkuasaan juga ada kaitan dengan kes terbaharu itu hanya masa akan menentukan selepas siasatan selasai kelak.

Pada masa yang sama, kisah Aboy ini muncul ketika Sela­ngor sedang dihangatkan dengan skandal tanah di Kampung Yu, Permatang di Tanjung Karang yang antara lain menyaksikan terdapatnya 18 individu tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga diberikan tanah.

Sehingga kini, siapa 18 individu misteri tersebut, dari mana mereka datang dan apa istimewanya kumpulan berkenaan tidak dijawab Kerajaan PKR Selangor mahupun oleh Mohamed Azmin sendiri, melainkan Timbalan Presiden PKR itu sekadar mampu berkata ia cuma dakwaan.

Menariknya lagi, siri pendedahan dan pembongkaran berhubung persoalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan ini berlaku si­lih berganti ketika Mohamed Azmin sendiri bermati-matian menolak cadangan SPRM agar kerajaan negeri menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ternyata, segala dak­waan Menteri Besar itu kononnya Kerajaan PKR Selangor mempunyai sistem tadbir urus yang lebih efektif dalam memerangi rasuah berbanding IBR meleset sama sekali.

Tindakan itu malahan disifatkan banyak pihak tidak ubah seperti takut kepada bayang-bayang sendiri dan mengapa telahan tersebut dibuat nampaknya kini seperti ada jawapannya, yang tersembunyi di sebalik pelbagai isu membabitkan kepemimpinan Mohamed Azmin.

Utusan Online


Demikianlah Artikel KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR

Sekianlah artikel KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KISAH IBR DAN RASUAH DI SELANGOR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kisah-ibr-dan-rasuah-di-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :