Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu...

Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu...
link : Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu...

Baca juga


Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu...

Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dicabar membuat kenyataan rasmi bagi menafikan hasratnya menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Ahli Parlimen Gelang Patah itu sudah berada dalam politik selama 50 tahun dan DAP sendiri mempunyai 38 kerusi Parlimen berbanding parti lain dalam gabungan pembangkang.

"Mustahil beliau akan menolak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pilihan raya (umum) kali ini.

"Bagi memastikan beliau menjadi Perdana Menteri, Kit Siang sebenarnya perlu mendapatkan sokongan Melayu dan beliau berjaya menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kini Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dijadikan alat menarik pengundi Melayu," katanya.

Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO 2017 (PAU2017) dilaporkan berkata, beliau mendengar khabar ada orang bernama Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.

Ia berdasarkan kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi di Pulau Pinang, Tan Beng Huat yang keluar dari DAP kerana mendakwa Kit Siang seorang diktator selain tidak boleh menerima cara pemimpin veteran DAP itu.

Hari ini, BH melaporkan kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa Najib betul apabila menyatakan Kit Siang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

Abdul Aziz mendakwa disebabkan itu Kit Siang enggan melepaskan jawatan tertinggi dalam DAP supaya boleh mengawal parti terbabit.

Beliau juga dilaporkan berkata, Kit Siang perlu menjadi Perdana Menteri bagi menyelamatkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang daripada dihukum penjara kerana tuduhan rasuah.


Demikianlah Artikel Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu...

Sekianlah artikel Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang guna Anwar, Mahathir tarik sokongan Melayu... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/kit-siang-guna-anwar-mahathir-tarik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :