MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS

MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS
link : MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS

Baca juga


MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa kini terpaksa membersihkan pelbagai ‘penyakit’ yang berpunca ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Dalam hal ini Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan itu, tidak relevan untuk diangkat semula menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan yang diketuai DAP menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Saya tidak nampak apa relevannya untuk memberikan semula kepercayaan kepada Dr. Mahathir yang dijangka kembali menghancurkan negara,” kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Menurutnya, banyak peristiwa tidak baik berlaku ketika era pentadbiran bekas Perdana Menteri itu seperti tragedi Memali; krisis raja-raja Melayu; isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi perkara lain.

“Jadi, Dr. Mahathir wajib ditolak dan rakyat boleh memberi kepercayaan kepada PAS yang mengamalkan budaya politik matang untuk meneraju negara,” katanya seperti yang dilaporkan media arus perdana semalam.

Sementara itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan berkata, langkah Pakatan Harapan menamakan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri membuktikan gabungan tersebut tidak mempunyai tokoh yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

“Orang seperti Dr. Mahathir ini sentiasa berubah pendirian dan sering melakukan ‘U-turn’. Ini termasuk pendirian terbaharunya yang mahu Anwar dibebaskan daripada penjara sedangkan beliau sebenarnya yang bertanggungjawab menyingkirkan Anwar dahulu,” katanya.

Dr. Mahathir, 93 baru-baru ini kembali menawarkan diri untuk jawatan Perdana Menteri sekiranya tiada calon yang layak menduduk jawatan itu jika Pakatan Harapan berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU14.

Dalam masa yang sama, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga disebut bakal menduduki kerusi itu walaupun ia dinafikan oleh anaknya, Lim Guan Eng.

Pada masa ini DAP menguasai jumlah kerusi tertinggi pembangkang di Dewan Rakyat yang secara tidak langsung menjadi parti tulang belakang pada Pakatan Harapan. – Kedahnews.com


Demikianlah Artikel MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS

Sekianlah artikel MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR TAK BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, WAJIB DITOLAK RAKYAT – PEMUDA PAS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/mahathir-tak-boleh-dijadikan-rujukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :