MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...?

MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...?
link : MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...?

Baca juga


MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...?

MESEJ jelas dari rakyat Malaysia buat kepimpinan Amerika Syarikat telah berjaya ditunjukkan dalam Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis pada Jumaat, 22 Disember 2017.

Kehadiran seramai kira-kira 10,000 umat Islam dan bukan Islam di Masjid Putra, Putrajaya adalah bagi menzahirkan rasa sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau adalah pelopor utama dalam gerakan menghalang Baitulmaqdis dijadikan sebagai ibu negara Israel.

Disebalik puluhan ribu yang hadir, tidak disangka Pengerusi Pakatan Harapan yang dikuasai DAP turut dilaporkan ada bersama. Namun kelibatnya seolah-olah tidak diendahkan para hadirin.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam statusnya di laman media sosial twitter memberitahu bahawa dia turut hadir ke Masjid Putra dengan hashtag #BersatuDemiPalestin .

Bagaimanapun, Mahathir tidak berani untuk naik ke atas pentas, apatah lagi berucap mempertahankan Palestin sebagai sebuah kota suci agama Islam.

Mana tidaknya, sebagai pengerusi bagi gabungan pembangkang yang sedang dikuasai DAP, tidak mustahil dia terpaksa akur dengan arahan parti ‘chauvinis‘ itu.

Tidak mustahil juga apa saja yang mahu dilakukan atau dicakapkan harus terlebih dahulu meminta izin dari DAP.

Jika dalam soal meletakkan calon Perdana Menteri pun Mahathir tak mampu bersuara, apatah lagi mahu membuka mulut memperjuangkan agama Islam dan melawan Israel.

Dakwaan DAP pernah menerima dana khas dari Israel sejumlah RM1.2 bilion pada tahun 2013 pun masih belum dijawab. Ini menjadi petanda kemungkinan DAP benar-benar ada hubungan sulit dengan Israel sejak dahulu lagi?

Atas justifikasi itulah ada kemungkinan besar Mahathir mungkin dilarang oleh DAP untuk menentang Israel apabila kini mereka telah pun berkawan rapat dalam Pakatan Harapan.

Walhal himpunan tersebut tidak berkiblatkan mana-mana fahaman politik. Sepatutnya Mahathir yang pernah berkuasa di negara ini selama 22 tahun perlu tampil ke pentas utama untuk bersolidariti bersama. Bukan sekadar menempek di dinding masjid sahaja.

Jika Wakil Masyarakat Kristian Malaysia pun mampu duduk di atas pentas bersama Najib, kenapa Mahathir yang kononnya seorang Negarawan tidak berani berbuat demikian? Sudah tentu ada kuasa di belakang yang menghalang dirinya berbuat demikian.

Sekarang ini jelaslah siapa sebenarnya yang berani, dan siapa pula yang benar-benar takut dalam melawan Israel.

Walaupun pelbagai label dilontarkan keatas Najib, namun jelas kelihatan Presiden Umno itu amat berani melawan kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Israel dalam isu sebegini.

Manakala Mahathir pula sekadar mampu datang ke masjid dan bergambar di sebalik tiang sahaja. –Tv14


Demikianlah Artikel MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...?

Sekianlah artikel MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAHATHIR TAK MAHU DUDUK SEPENTAS SEBAB TAKUT APA...? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/mahathir-tak-mahu-duduk-sepentas-sebab.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :