Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS

Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS
link : Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS

Baca juga


Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS

Malaysia tidak mahu terikat dalam tindakannya berdepan ugutan Amerika Syarikat (AS) terhadap negara-negara yang memberi undi menolak resolusi pengiktirafan negara itu untuk  menjadikan  Baitulmuqaddis  ibu negara Israel, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata Malaysia bukanlah penerima bantuan ekonomi yang besar daripada Amerika dan hanya menerima bantuan teknikal dari segi keselamatan dan pertahanan.
“Pada hemat saya Amerlka tidak seharusnya menggunakan ugutan sedemikian kerana ia merupakan pendapat masyarakat antarabangsa,” kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ugutan Presiden Donald Trump untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmuqaddis.
Perhimpunan Agung PBB semalam mengisytiharkan bahawa resolusi Amerilka mengiktiraf  Baitulmuqaddis  sebagai ibu negara Israel adalah tidak sah dan terbatal selepas pengundian menyaksikan 128 negara termasuk Malaysia menolak keputusan Amerika itu dan sembilan lagi negara menyokong.
Sebanyak 35 negara lain mengambil pendirian berkecuali dalam sesi undian itu, manakala wakil 21 negara tidak hadir.
Terdahulu, sebelum pengundian 193 negara itu, Amerika menerusi Dutanya ke PBB, Nikki Haley mengulangi ancaman Presiden Trump untuk memotong bantuan kewangan kepada mana-mana negara yang menyokong resolusi berkenaan.
Haley juga menegaskan keputusan undian di PBB tidak akan membuat sebarang perubahan ke atas rancangan Washington memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis.
Ahmad Zahid berkata keputusan itu menjadi ketetapan PBB maka ia harus dipatuhi oleh mana-mana negara anggota pertubuhan itu.
“Tentunya pencabulan terhadap resolusi itu adalah pencabulan terhadap ketetapan badan dunia dan mengetepikan pandangan masyarakat dunia,” katanya.
Ditanya mengenai keengganan Israel menerima resolusi itu dalam kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu, Ahmad Zahid berkata negara itu hanya sebuah daripada negara anggota PBB yang harus patuh kepada keputusan badan dunia itu.
“Kedegilan ini sebenarnya sejak penubuhan negara berkenaan lagi dan pencabulan serta penolakan terhadap sebarang resolusi (PBB) sering dilakukan oleh Israel (sebelum ini),” katanya.
Mengenai cadangan Perdana Menteri Najib Razak untuk Malaysia mengikut langkah Turki membuka kedutaan di Timur Baitulmuqaddis, Ahmad Zahid berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada minggu pertama Januari 2018.


Demikianlah Artikel Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS

Sekianlah artikel Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia bukan penerima bantuan ekonomi AS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/malaysia-bukan-penerima-bantuan-ekonomi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :