Marsha Menanti Berita Gembira

Marsha Menanti Berita Gembira - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Marsha Menanti Berita Gembira, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Marsha Menanti Berita Gembira
link : Marsha Menanti Berita Gembira

Baca juga


Marsha Menanti Berita Gembira

PENYANYI Marsha Milan Londoh memberitahu dia sentiasa menanti dengan sabar apabila berhubung soal anak kerana percaya suatu hari nanti akan tiba gilirannya mempunyai cahaya mata.

Marsha memberitahu dia tidak pernah berhenti berdoa agar dikurniakan zuriat secepat mungkin namun sebagai manusia biasa dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

“Menjelang hari lahir saya pada 6 Disember ini pun saya berdoa agar cepat-cepat dapat anak selain urusan karier saya dipermudahkan.

“Sebagai wanita saya pun tak sabar mahu bergelar ibu dan semoga penantian ini akan tercapai tidak lama lagi,” katanya .

Marsha ditemui di Majlis Meet And Greet Marsha Milan Londoh yang diadakan pada Sabtu.
Menerusi program itu, hampir 50 peminat bertuah diberi peluang bertemu dan beramah mesra dengan Marsha dan melakukan pelbagai aktiviti bersama.

Sementara itu, Marsha berkata dia tidak tertekan jika diajukan soalan mengenai anak dan menganggap rezeki itu akan datang apabila tiba waktu yang sesuai.

“Kalau awal-awal dulu, mungkin tertekan apabila ada orang tanya. Tapi bila fikir balik, perkahwinan kami pun baru masuk dua tahun, masih baru lagi.

“Insya-Allah, apabila tiba waktu sesuai, Allah akan beri rezeki itu. Selebihnya kita berdoa,” ujarnya.

Bercakap mengenai acara bertemu peminat, Marsha memaklumkan hampir 10 tahun dia tidak melakukan program sedemikian.

Malah, penyanyi lagu Hilang ini turut teruja kerana dapat membawa suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail meraikan peminat bersama.

“Alhamdullilah, saya dapat bertemu penyokong dan peminat setelah hampir 10 tahun tak buat program begini, lebih bermakna lagi apabila suami turut serta dalam acara ini.

“Kalau dulu suami agak pemalu berdepan orang ramai dalam industri tapi sekarang tidak lagi.
“Dia sudah boleh menyesuaikan diri dengan situasi dunia hiburan, malah dia lebih banyak menyokong karier saya dan dia juga umpama pengurus peribadi,” katanya.

Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berusia 30 tahun itu pada 31 Disember 2015 di  Georgetown, Pulau Pinang.

The post Marsha Menanti Berita Gembira appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Marsha Menanti Berita Gembira

Sekianlah artikel Marsha Menanti Berita Gembira kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Marsha Menanti Berita Gembira dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/marsha-menanti-berita-gembira.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :