link : Pembeli Misteri Lukisan Leonardo Da Vinci Didedah
Pembeli Misteri Lukisan Leonardo Da Vinci Didedah
AKHIRNYA pembeli misteri lukisan Leonardo da Vinci yang bernilai $450.3 juta didedahkan.
Beliau adalah kerabat diraja Saudi iaitu Putera Bader bin Abdullah bin Mohammed bin Farhan al-Saud.
Pembayaran akan dijalankan secara ansuran sebanyak enam kali dengan sekurang-kurangnya lima bayaran melibatkan wang sebanyak $58 juta.
The New York Times juga mengesahkan Bader membeli lukisan berkenaan ketika Arab Saudi menahan kerabat-kerabat diraja susulan dakwaan rasuah baru-baru ini. Turut ditahan ialah jutawan Putera Alwaleed.
Bader bagaimanapun tidak terlibat dalam kempen anti rasuah berkenaan yang dijalankan oleh jawatankuasa anti rasuah yang diketuai oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed.
Terdapat spekulasi Bader terlepas kerana beliau merupakan rakan baik Putera Mohammed. Bader pernah dilaporkan terlibat dalam membeli komoditi berharga sejak beberapa tahun lepas termasuk kapal layar sepanjang 440 kaki.
Beliau merupakan pengerusi Saudi Research and Marketing Group (SRMG) iaitu syarikat yang baru menandatangani perjanjian untuk pelancaran ‘Bloomberg Al Arabiya’ pada bulan September ini.
SRMG merupakan syarikat penerbitan yang terbesar di Asia Barat. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pembeli Misteri Lukisan Leonardo Da Vinci Didedah
Sekianlah artikel Pembeli Misteri Lukisan Leonardo Da Vinci Didedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembeli Misteri Lukisan Leonardo Da Vinci Didedah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/pembeli-misteri-lukisan-leonardo-da.html