Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid

Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid
link : Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid

Baca juga


Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membuat laporan polis ke atas pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim kerana biadap terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DPPNS dalam satu kenyataan media berkata, laporan itu dibuat oleh Ketuanya, Syarhan Humaizi yang diringi Setiausaha DPPNS, Damanhuri Dol dan barisan Exco serta peguam DPPNS.

“Laporan polis yang dibuat DPPNS terhadap dua kenyataan Zaid menerusi akaun Twitter bertarikh 5 Disember 2017 menyelar kenyataan Sultan Selangor dikeluarkan sebelum itu bertarikh sama.

“Kenyataan Zaid tersebut adalah penghinaan dan cubaan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Sultan Selangor dan mencabar kedaulatan institusi Diraja Selangor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut DPPNS, perbuatan Zaid itu juga bertujuan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Selangor, mengguris perasaan rakyat Selangor, membangkitkan kemarahan umat Islam dan Majlis Raja-Raja.

“DPPNS memohon agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada Zaid di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia yang sedia ada,” kata kenyataan itu.

Zaid sebelum ini merupakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum disingkirkan daripada parti itu tetapi kemudian menyertai parti sekular dan liberal DAP.

PKR dan DAP membarisi Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). – MYNEWSHUB.CC


Demikianlah Artikel Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid

Sekianlah artikel Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Buat Laporan Polis Ke Atas Zaid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/pemuda-pas-buat-laporan-polis-ke-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :