link : PERGHHH....TERENGGANU BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT
PERGHHH....TERENGGANU BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT
Rakyat Terengganu bakal menikmati bekalan air secara percuma sehingga 20 meter padu sebulan bermula awal tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, langkah tersebut merupakan antara insentif yang dirintis kerajaan negeri bagi menjaga kebajikan rakyat dalam menikmati bekalan bersih di samping menggalakkan penggunaan secara cermat.
Katanya, pemberian bekalan air percuma untuk penggunaan domestik itu bakal memberi manfaat kepada 100,000 buah rumah di seluruh negeri melibatkan peruntukan kira-kira RM6.3 juta.
“Isi rumah yang menggunakan air melebihi 20 meter padu sebulan pula diharap akan berusaha untuk mengekalkan penggunaannya di bawah jumlah
kadar tersebut, dan secara tidak langsung kita melatih budaya berjimat cermat.
“Kejayaan rakyat menjimatkan air sekali gus akan turut menguntungkan kerajaan kerana kos rawatan air adalah tinggi,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2018 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Menurut Ahmad Razif, walaupun Terengganu merupakan negeri kedua yang mengenakan tarif air terendah di Malaysia tetapi masih berupaya memberi bantuan kepada rakyat sejajar untuk menangani isu kos sara hidup.
Terdahulu, dalam pembentangan tersebut beliau memberitahu, kerajaan negeri memperuntukkan RM47.88 juta untuk pembangunan bekalan air sejajar dengan pembukaan kawasan penempatan baharu dan program pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) sepanjang tahun depan.
“Perkhidmatan air merupakan industri yang berintensif teknologi dan memerlukan modal yang tinggi. Peruntukan yang besar diperlukan bagi menggantikan paip-paip air sedia ada kerana banyak yang telah melebihi jangka hayatnya,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Demikianlah Artikel PERGHHH....TERENGGANU BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT
Sekianlah artikel PERGHHH....TERENGGANU BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PERGHHH....TERENGGANU BERI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/perghhhterengganu-beri-air-percuma.html