Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS

Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS
link : Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS

Baca juga


Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Umno hari ini tidak dapat menahan rasa sebak apabila mengenangkan ketegasan Presiden Datuk Seri Najib Razak yang enggan berkompromi dengan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Perwakilan Luar Negara, Ahmad Syazwan Shah Shah Headen berkata, kelantangan Najib mempertahankan agama Islam adalah satu tindakan berani apatah lagi ia AS merupakan kuasa besar dunia.

"Kami pelajar-pelajar dari luar negara, kami hadapi polisi-polis diluar negara, kami merasakan Brexit, kami merasakan Arab Spring, dan hari ini kami ambil peluang ini untuk mengutuk sekeras-kerasnya tindakan AS yang memindahkan kedutaan mereka ke Jerusalem (Baitulmaqdis).

"Secara tak langsungnya ia isytihar Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

"Ini lah yang kita tak persetujui. Inilah yang akan buat provokasi, ini yang buat dunia tak aman.

"Pernah saya dengan Saidina Ummar Al Khatab bebaskan Jerusalam. Pernah Salahuddin Al-Ayyubi bebaskan Jerusalem.. (sebak)

"Kami menyokong ayahanda Datuk Seri yang mengutuk tindakan AS," kata Ahmad Syazwan dalam nada yang tersekat-sekat.

Ucapan beliau terhenti selama kira-kira satu minit sebelum Pengerusi Tetap, Tan Sri Badruddin Amiruldin menenangkannya.

Menyambung kembali ucapannya, Ahmad Syazwan kemudian berkata, pimpinan tertinggi memegang tanggungjawab besar yang menentukan jatuh bangun Umno dan seterusnya menetukan nasib generasi pewaris bangsa.

"Kami berada di akhir zaman, seandainya ibu dan ayah tak jaga parti ini, seandainya ibu dan ayah pecah belah, seandainya ibu dan ayah tak berusaha sungguh-sungguh pertahankan parti ini di pilihan raya akan datang, di manakah kami kalau Jerusaleam pun kita tak dapat pertahankan," katanya disambut sorakan dan tepukan perwakilan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Bagaimanapun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitulmaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.


Demikianlah Artikel Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS

Sekianlah artikel Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perwakilan sebak kenang tindakan lantang Najib tentang AS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/perwakilan-sebak-kenang-tindakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :