link : PH GUNA KAJIAN TAK KUKUH UNTUK ‘MARKETING PLAN’, CUBA PENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT
PH GUNA KAJIAN TAK KUKUH UNTUK ‘MARKETING PLAN’, CUBA PENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT
Pakatan harapan hari ini dilihat cuba menggunakan kajian-kajian yang dijalankan pihak tertentu khususnya berhubung populariti dan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN), sebagai satu strategi untuk memperlihatkan rakyat kini lebih cenderung ke pihak pembangkang untuk tujuan mempengaruhi pemikiran rakyat di negara ini, terutamanya golongan atas pagar, kata penganalisis politik tempatan, Dr. Mohd Sazili Shahibi.
Menurut beliau, kajian seperti ini sepatutnya dilakukan oleh pihak-pihak yang berkecuali yang tidak cenderung ke arah mana-mana parti politik dan bukannya oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan kecenderungan terhadap satu pihak sahaja.
“Bagi saya ini adalah satu strategi pemasaran yang cuba dilakukan oleh pakatan harapan dengan menggunakan kajian-kajian seperti ini untuk ‘dijual’ kepada rakyat dalam usaha mereka untuk ‘membeli’ keyakinan rakyat.
“Kajian-kajian seperti ini juga adalah sama sepertimana yang dilakukan oleh para usahawan sebagai satu strategi pemasaran perniagaan, untuk mempengaruhi pemikiran pembeli dalam usaha melariskan barangan jualan mereka itu.
“Namun dalam melakukan sesuatu kajian, kita juga perlu melihat tahap kecenderungan respondan yang memberikan pandangan itu. Jika respondan itu sememangnya telah cenderung kepada satu pihak, sudah tentulah pandangan yang diberikan akan lebih pro kepada pihak yang dia sukai itu.
“Begitu juga dengan agensi atau pihak yang melakukan kajian itu, jika mereka lebih cenderung kepada satu-satu pihak, kajian yang mereka lakukan juga akan memperlihatkan kencenderungan kepada pihak mereka sahaja dengan menidakkan pihak lain.
“Sebab itu saya tegaskan, kajian seperti ini sepatutnya dilakukan oleh pihak berkecuali, dan bukannya badan atau agensi yang mesra kepada satu pihak sahaja,” jelasnya yang juga pensyarah UiTM kepada UMNO-Online.
Ujar beliau, kajian-kajian seperti ini adalah bersifat sangat subjektif terutamanya apabila melibatkan pandangan dan sokongan rakyat terhadap mana-mana parti politik di negara ini.
Sepanjang tahun ini pakatan harapan telah memetik pelbagai kajian yang mendakwa mereka mendapat sokongan berbanding kerajaan tadbiran BN antaranya satu tinjauan yang mendapati populariti parti pembangkang melangkaui BN selain kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, sekiranya parti pembangkang bergabung pada pilihan raya umum akan datang, mereka dapat menguasai lapan negeri di semenanjung Malaysia, termasuk negeri yang sedang ditadbir pembangkang ketika ini, sementara baru-baru ini dipaparkan kajian sekumpulan pemikir Singapura, ISEAS-Yusof Ishak bahawa kerusi Parlimen Pulai boleh terlepas ke tangan pembangkang.
“Bagi saya segala kajian yang dipetik oleh pakatan harapan itu hanya sekadar satu survey di mana ianya sangat subjektif yang bukannya bersifat tetap. Hari ini, mungkin seseorang itu marah kepada mana-mana parti politik atau kerajaan, namun ada kemungkinan esoknya perasaan marah itu akan bertukar kepada suka.
“Sebagai contoh, pakatan harapan mencanangkan bahawa anak muda telah menolak UMNO dan kerajaan BN sedangkan realitinya tidak sedemikian dan dakwaan tersebut tidak berdasarkan kepada fakta atau bukti yang kukuh.
“Justeru, bagi saya apa yang dilakukan oleh pihak pakatan harapan dengan menampilkan kajian-kajian yang dilihat lebih cenderung kepada mereka hanyalah sekadar satu ‘marketing plan’ untuk meyakinkan rakyat bahawa produk mereka lebih bagus daripada produk lawan iaitu UMNO dan BN, sedangkan hakikatnya mungkin berbeza dengan apa yang mereka tampilkan itu,” ujarnya lagi. –MediaUMNO

Demikianlah Artikel PH GUNA KAJIAN TAK KUKUH UNTUK ‘MARKETING PLAN’, CUBA PENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT
Sekianlah artikel PH GUNA KAJIAN TAK KUKUH UNTUK ‘MARKETING PLAN’, CUBA PENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH GUNA KAJIAN TAK KUKUH UNTUK ‘MARKETING PLAN’, CUBA PENGARUHI PEMIKIRAN RAKYAT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/ph-guna-kajian-tak-kukuh-untuk.html