link : Pulang pingat kerana saya tak layak: Mahathir
Pulang pingat kerana saya tak layak: Mahathir
Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan memulangkan pingat darjah kebesaran yang dianugerahkan Istana Selangor dibuat kerana beliau dianggap tidak layak lagi untuk memilikinya.
Katanya, ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengganggap beliau berkemungkinan membakar negara dengan api kemarahannya, maka dengan sendirinya dianggap tidak layak menyandang pingat-pingat di raja negeri itu.
“Saya fikir istana merasakan saya tak layak untuk terima anugerah berkenaan. Kalau saya nak terima mestilah sebab saya layak tapi sekarang saya dikatakan akan membakar seluruh negara. Jadi saya fikir saya sudah tidak layak lagi,” katanya selepas mempengerusikan sidang media Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Ali menyerahkan semula anugerah kebesaran yang diterima daripada Sultan Selangor pada Khamis.
Sementara itu Istana Selangor menyatakan Sultan Sharafuddin berkenan menerima pemulangan berkenaan tanpa sebarang halangan.
Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata, pewartaan pembatalan kurniaan darjah-darjah dan bintang-bintang kebesaran berkenaan akan dilakukan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.
Mahathir ketika diajukan soalan adakah beliau turut akan memulangkan pingat kebesaran dari Istana Johor kerana dikritik beberapa kali oleh Baginda sebelum ini enggan mengulas dan hanya melemparkan senyuman.
The post Pulang pingat kerana saya tak layak: Mahathir appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Pulang pingat kerana saya tak layak: Mahathir
Anda sekarang membaca artikel Pulang pingat kerana saya tak layak: Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/pulang-pingat-kerana-saya-tak-layak.html