‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’

‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’
link : ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’

Baca juga


‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’

PELAKON Syafiq Kyle, 25, akui dirinya belum layak digelar ‘hero pujaan Malaya’ walaupun ramai memberi gelaran itu selepas aksi mesra dan romantik dalam lakonan.

Tambah pula baru-baru ini Syafiq menang Lelaki Dambaan dalam satu majlis anugerah.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia masih baru dan banyak perlu dipelajari serta diperbaiki dalam lakonan.

“Kalau nak kata saya mahir melakonkan babak romantik atau aksi mesra dalam drama, rasanya belum lagi.

“Setakat ini apa yang dipersembahkan dalam lakonan adalah hasil perbincangan bersama pengarah untuk sesuatu babak mesra itu.

“Ia juga atas dasar persetujuan bersama dengan rakan lakon untuk lakukan babak mesra itu sebaik mungkin”, katanya.

Kata Syafiq, semua yang dipersembahkan dalam lakonan itu dibuat secara profesional kerana tanggungjawab kerja.

“Sebagai pelakon, saya komited dengan setiap projek dibintangi kerana ia tanggungjawab saya.

“Apapun, terima kasih kepada peminat dan penonton yang memberi sokongan terhadap drama-drama lakonan saya,” katanya.

Mula berlakon pada 2011 menerusi drama Tanah Kubur, bakatnya mula jadi perhatian dan melonjak selepas berlakon drama Mencintaimu Mr Photographer dan terbaru, Dekatkan Jarak Kita mengisi slot Samarinda di TV3.

Kali ini Syafiq berganding dengan Ayda Jebat dan kini ‘trending’ di Twitter untuk setiap episod.

The post ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’ appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’

Sekianlah artikel ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya’ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/saya-belum-layak-digelar-hero-pujaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :