Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim

Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim
link : Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim

Baca juga


Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim


PULAK DAH…. Seorang penyamun bertindak datang semula ke premis yang dirompaknya semata-mata untuk memulangkan kad sim milik mangsa yang juga pekerja premis berkenaan.

Menurut sumber polis, kejadian pelik itu berlaku pada pukul 12.10 tengah hari iaitu selepas tujuh jam lelaki itu menjalankan misi rompakannya.

“Suspek didapati datang kembali ke kedai serbaneka terbabit dan menyerahkan kad sim telefon bimbit kepada pekerja premis berkenaan sebelum beredar,” katanya dipetik Harian Metro.

Pada Ahad lalu, sebuah kedai serbaneka 24 jam di Bangsar Park, Kuala Lumpur telah dirompak oleh seorang lelaki kira-kira pukul 5.30 pagi.

Suspek turut berjaya melarikan wang tunai serta barang berharga seperti telefon bimbit kedua-dua pekerja kedai berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek yang memakai jaket dan topi keledar terbabit terus mengacukan pisau pemotong sayur ke arah seorang daripada penjaga kaunter terbabit.

“Suspek kemudiannya mengugut mangsa supaya menyerahkan barangan berharga serta wang tunai sekiranya tidak mahu dicederakan.

“Susulan itu, suspek merampas wang tunai dari kaunter dan dua telefon pintar milik pekerja terbabit sebelum melarikan diri,” katanya lagi.

Mangsa dilihat terpaksa membuka mesin daftar tunai berkenaan dan menyerahkan sejumlah wang selepas lelaki berjaket hitam itu mengacukan pisau.

Laporan polis telah dibuat oleh pemilik premis serta kedua-dua mangsa di Balai Polis Travers pada pukul 4.45 petang hari yang sama. Kejadian tersebut melibatkan kerugian sehingga lebih RM1,300.

“Siasatan sedang giat dilakukan pihak polis termasuk semak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis terbabit bagi kenal pasti dan mengesan suspek bagi tindakan lanjut,” tambah saksi itu lagi.

Khabarnya, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu turut tular menerusi laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim

Sekianlah artikel Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas 7 Jam Rompak, Penyamun Pulang Kad Sim dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/selepas-7-jam-rompak-penyamun-pulang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :