link : Single Digital Terbaharu Mendiang Jonghyun Bakal Temui Peminat Minggu Ini
Single Digital Terbaharu Mendiang Jonghyun Bakal Temui Peminat Minggu Ini
Single digital baharu yang menampilkan penyanyi kumpulan K-pop SHINee, mendiang Kim Jong-hyun, bakal menemui peminat minggu ini, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap memetik kenyataan agensi pengurusan artis berkenaan.
“Dear My Family,” sebuah lagu yang dinyanyikan secara langsung oleh Kim bersama-sama pelbagai artis utama S.M. Entertainment di sebuah konsert, bakal menemui peminat pada pukul 6 petang Jumaat sebagai sebahagian daripada program keluaran digital mingguan syarikat itu, yang dikenali sebagai Station.
Rakaman lagu berundur R&B itu, yang berasal dari album solo penerbit S.M., Yoo Young-jin dan dikeluarkan pada 2001, telah diambil dari sebuah konsert di Tokyo pada Ogos 2016.
Ia menampilkan suara Kim, yang lebih dikenali sebagai Jonghyun, dan anggota SHINee serta penyanyi lain di bawah label itu termasuk Girls’ Generation, EXO, Red Velvet dan NCT.
“Pengeluaran single ini adalah sebahagian daripada penghormatan kepada Jonghyun kerana peminat akan dapat mendengar suaranya,” kata syarikat itu.
Semua hasil daripada single itu akan didermakan kepada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kim, 27, meninggal dunia pada 18 Dis selepas dipercayai membunuh diri akibat kemurungan.
The post Single Digital Terbaharu Mendiang Jonghyun Bakal Temui Peminat Minggu Ini appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Single Digital Terbaharu Mendiang Jonghyun Bakal Temui Peminat Minggu Ini
Anda sekarang membaca artikel Single Digital Terbaharu Mendiang Jonghyun Bakal Temui Peminat Minggu Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/single-digital-terbaharu-mendiang.html