Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza

Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza
link : Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza

Baca juga


Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza

PENYANYI, Syura menjadi peserta terakhir yang tersingkir dan gegarannya terhenti pada peringkat separuh akhir pertandingan Gegar Vaganza 4 (GV4), malam tadi.

Penyanyi berusia 31 tahun ini memperoleh markah terendah daripada juri profesional selepas menyanyikan dua lagu iaitu Dokter Cinta nyanyian asal Dewi Dewi dan Cinta Antara Benua (Arni Nazira (OST Cinta Antara Benua).

“Saya ucapkan terima kasih di atas peluang ini untuk bersama panyanyi yang berkualiti tinggi dan semua peminat serta juri.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana saja.  Terima Kasih!,” katanya.

Dengan penyingkiran itu sekali gus melayakkan Hazami, Aishah, Firman, Tia Jinbara, Liza Hanim dan Lan ke pentas akhir GV4.

Semua peserta diadili oleh juri profesional iaitu daripada Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, Datuk Tarmimi Saregar dan Datuk Wah Idris.

Pentas separuh akhir menampilkan bintang GV4 dalam dua tema berbeza iaitu Goyang Kaki Goyang Tangan dan Runut Bunyi (OST).

GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan trofi.

Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Pentas separuh akhir berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan ia disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Konsert akhir GV4 bakal menyaksikan setiap peserta mempersembahkan dua lagu menerusi tema Berani Ke Idok 2.0? secara solo dan battle di antara bintang GV4.

Ia akan berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor Bharu pada 17 Disember depan.

The post Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza

Sekianlah artikel Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syura tersingkir di separuh akhir Gegar Vaganza dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/12/syura-tersingkir-di-separuh-akhir-gegar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :